Tuesday 4 September 2012

[Safar Dakwah] - Pengislaman pak cik Ghanni

Pantun 2 Rangkap

Orangnya gelap, berbangsa India,
Sembahyangnya kekal, tahajjudnya dipelihara,


Sentiasa berserban, pakaian sunnah,
Moga Allah matikan dia di jalan Allah.



Safar hari tu, takde lah jauh sangat. Setakat di Sri Damansara aje dari kepong. berpangkal di sebuah Surau yang agak selesa untuk beriktikaf. Alhamdulillah, diberikan kekuatan untuk ada dalam jemaah selama 3 hari walaupun hari ketiga terpaksa pergi keluar dari surau atas sebab keperluan.

Sementara tunggu maghrib / buka puasa, aku pun duduk dengan pak cik Ghanni. Sembang-sembang akhirat dengan dia. Cerita masalah umat dan sebagainya. Dalam rancak berbual, kebelakangannya percakapan pak cik Ghanni yang menjadi tumpuan antara kami bertiga (aku, Amri dan pak cik Ghanni).

"Umat Islam hari ni tak tahu nilai Islam. Macam mana kalau kita terjumpa RM50 kat tepi jalan, kita akan gunakan sewenangnya berbanding dengan RM50 yang kita usahakan bersungguh-sungguh."
Beberapa kali ayat tu disebut. Lepas tu, barulah tahu yang dia asalnya bukanlah seorang yang berketurunan Islam. Asalnya beragama hindu. Ceritanya, bermula keislaman dia pada umur 17 tahun. Tapi tu ucap kalimah. Masa kecik, dia selalu jaga lembu di Sg Besi. Jadi setiap maghrib, dia akan dengar seruan azan dari surau berdekatan. Apa yang dia buat, dia ikut sama orang azan. Satu hari, dia berborak dengan abang angkatnya, seorang dari pakistan beragama Islam. Dia kata, "saya tahu lagu Islam"."lagu Islam? cuba nyanyi sikit". Pak cik Ghanni pun azan la. terketawa abg angkat dia."tu bukan lagu, tu seruan azan. Selepas azan, orang Islam kena pergi ke Masjid / surau." Jadi abang angkat dia pun tunjukkanlah cara-cara orang Islam beribadat bermula dengan mandi.

Tahun demi tahun dah pun berlalu.  Tak ada apa dalam hati pak cik Ghanni melainkan nak masuk Islam. Dia beranikan diri dan buat keputusan terus untuk berada di Majlis agama untuk ucap syahadah. Ucap kalimah dah selesai, sekarang waktu yang selalu kita dimomokkan dengannya iaitu sunat. Tanpa melengahkan masa, Pak cik Tahnni pergi ke klinik pun sorang diri. Lepas habis sunat, terus zip seluar. tak kisah darah mengalir sampai nak terpitam dia dibuatnya. Tapi seleepas stabil, dia pun sambung perjalanan balik.

Seminggu... dua minggu ... Baru dia ada kekuatan untuk nak datang surau untuk belajar apa dia Islam. Datangnya pada subuh hari. Habis menjadi kecoh satu kampung yang dia kini dah jadi Islam. Apa lagi, macam biasa. Bila keluarga dah tahu keislamannya, memang habis lah dia diancam. Tapi ujian kebencian tak lama. Allah pulihkan keadaan dia cepat. Dalam masa setahun aje, keluarga dia pun reda dari kemarahan. Lama-kelamaan keluarga dia tak lagi benci pada dia selepas nampak banyak perubahan yang jadi pada dia. Dah tak ikut dah geng huha huha macam dulu. tak kacau orang, jaga mak bapak.

Sampai sekarang, jadilah dia contoh kepada keluarga. Satu masa memang dia yang jaga mak dia tika mak dia sakit. Dan mak dia pun banyak puji dia sebab ikramnya dia untuk ibu dia. Mak dia pun kata, nak masuk Islam. Apa yang Hj Ghanni buat, bukan tergesa-gesa suruh mak dia ucap kalimah, tapi suruh mak dia betul-betulkan niat. Nak masuk Islam, bukan kerana manfaat kecil-kecil, tapi sebab akidah yang betul sahaja. Selepas daripada tu, kakak dia punya giliran pula untuk jaga mak dia. Selesai giliran kakak dia, dapat balik ke giliran dia. Masa tu, dah kena brainwash tak jadi dia untuk masuk Islam. Dan tahun lepas ditakdirkan mak dia sudah pun tamat tempoh modal yang Allah bagi. Agak menyedihkan dia tidak mati dalam akidah yang betul. Walau bagaimanapun, sekurang-kurangnya pak cik Ghanni dah pun ajar dia kalimah semasa hidupnya. Dan moga-moga pak cik Ghanni dapat jadi saksi bahawa mak dia pernah ucap kalimah syahadah dan kita sama-sama doakan moga Allah terima ucapan beliau.

"Umat Islam hari ni tak tahu nilai Islam. Macam mana kalau kita terjumpa RM50 kat tepi jalan, kita akan gunakan sewenangnya berbanding dengan RM50 yang kita usahakan bersungguh-sungguh. Duit yang kita usahakan dengan sungguh-sungguh, kita akan gunakan pada jalan yang paling bermanfaat yang kita boleh buat."
Lagi perkara yang terlalu ditekankan dia ialah mengenai pakaian sunnah. Benarlah siapa yang dapat jaga pakaian sunnah itu akan dipelihara. Banyak kali katanya dah dipelihara kerana pakaian sunnah. Kepala yang berserban, dah terlanggar macam-macam. Antaranya kayu tajam dari rumah kongsi. Berkat serban yang dipakainya, kayu tu cuma tercucuk di serban dia. Ada kisah lain, tapi aku tak ingat nak cerita.

Aku bersyukur, Allah jumpakan aku dengan antara orang yang aku cari, iaitu seorang yang berhijrah kepada akidah yang betul daripada kesesatan yang nyata. Moga Allah jumpakan aku dengan orang yang ingin berhijrah pula selepas ni, dan jadikan aku sebagai asbab hidayat atas dia.




3 comments:

  1. Alhamdulillah dapat dijumpakan dengan pakcik Ghanni. Interesting life storyy :) semoga ayat paling last tu, akan diizinkan Allah, sooner or later insyaAllah!

    ReplyDelete
    Replies
    1. ha? baldi boleh komen? hehe ... terima kasih.

      Delete

Buah fikiran dan pembetulan hasil penulisan amatlah bagus untuk dibincangkan di sini