Sunday 23 September 2012

Masyarakat Yang Makin Matang

Gembira :)

Tak tahu rasanya aku nak ucapkan syukur aku ke hadrat ilahi, sebab banyak perubahan yang dah berlaku dalam Malaysia ni. Perubahan yang aku maksudkan ialah beberapa perkara yang aku anggap mungkin dulu kurang sikit pengamalan atau penghayatan menyebabkan beberapa sistem terus dilakukan dengan kejahilan. Tapi dengan sedikit kematangan, dan sebenarnya ialah berita gembira daripada Allah SWT, ada beberapa perkara yang insyaallah akan jadi satu revolusi kepada ke arah kebaikan. Baru ni, terbaca dalam artikel dari Sinar Harian di

Hormati Masa Maghrib.
Pemimpin Membidas Hina Nabi Muhammad

Teruskan bacaan untuk lebih lanjut



Pasar malam tutup 20 minit, hormati waktu Maghrib

Tak rasa ke syukur? Ni satu kemajuan dalam dunia Islam di Malaysia. Bila 20 minit ditutup untuk menghormati waktu maghrib, kita wajib untuk gembira dengan perkara ni. Tak usah tanya kenapa, semua orang pun tahu. Kalau dulu, dalam suasana azan tengah berkumandang pun orang boleh berjual beli lagi, tapi sekarang sekurang-kurangnya peniaga pun akan mempunyai masa yang mencukupi untuk selesaikan sembahyang dalam keadaan yang tak tergesa-gesa. Susah sebenarnya seorang peniaga nak tinggalkan perniagaan dia dalam keadaan pelanggan ramai datang untuk beli. Tapi dengan usaha macam ni, sekurang-kurangnya pelanggan pun akan tahu untuk menghormati masa dan tak utamakan nafsu lapar dia. Alhamdulillah, syukur sangat. Lepas ni nak sujud syukur lah InsyaAllah. Petikan ni, sungguh-sungguh buatkan aku gembira.
Tinjauan Sinar Harian Jumaat lalu mendapati, peniaga dan pengunjung menyambut baik praktis ini menyokong penuh tindakan tersebut sebagai satu langkah pembaharuan bagi  menghormati waktu solat dan menghormati Islam.
Tapi ingat, perkara agama jangan dijadikan isu politik. Tapi ianya adalah tanggungjawab semua orang. Kerajaan yang sedang memerintah di negeri lain pun boleh jadikan ini sebagai contoh tauladan dan moga-moga kebaikan akan tersebar di seluruh alam demi kebaikan manusia dan jin seperti yang dikehendaki Allah SWT.

Banyakkan lah bersyukur, InsyaAllah Allah akan tambahkan lagi nikmat Islam di Malaysia.

Najib: Pemimpin dunia wajar kutuk filem anti-Islam, karikatur hina Nabi Muhammad

Ketepikan dulu soal politik, ataupun tarian 1m4u dia, ataupun isu ahli keluarga dia. Dia ni nak atau pun tak, sudah dilantik sebagai pemimpin kita, pemimpin rakyat Malaysia melalui demokrasi. Selagi mana dia tak arahkan kita perkara yang syirik atau bertentangan dengan Islam, kita kena taat kat dia. Kalau dia suruh kita datang majlis tarian KPOP, kita tak patuh kat dia (tak pergi majlis KPOP) pun tak berdosa, bahkan dapat pahala. Dan kalau dia tak halang kita untuk beriktikaf di masjid, kita kena pergi iktikaf (yang mana kita tak buat) dan jangan bagi alasan yang pemimpin kita tak islamik kita pun tak pergi iktikaf. Jangan kita cari yang kita tak dapat (hukum hudud) sedangkan yang dia bagi (iktikaf, dakwah, sembahyang, zakat, sebarkan salam, makan yang halal, pakai tudung, tulis blog islam, sebarkan risalah dakwah, sembahyang berjemaah, sembahyang dhuha, sembahyang qabliah & ba'diah,zzikir pagi petang, witir dsb) sebab itu akan jadikan kita orang yang tak bersyukur dengan kebebasan untuk amalkan iktikaf, dakwah, sembahyang, zakat, sebarkan salam, makan yang halal, pakai tudung, tulis blog islam, sebarkan risalah dakwah, sembahyang berjemaah, sembahyang dhuha, sembahyang qabliah & ba'diah,zzikir pagi petang, witir dsb. Sekurang-kurangnya dia,yang sesetengah orang kata tak islamik ni, pun boleh untuk bersuara dan berhadapan dengan orang yang menghina nabi dia. Kenyataan dia sama macam mana yang disampaikan oleh beberapa NGO bahkan parti politik islamik lain. Kalaulah aku ni ditakdirkan sebagai pemimpin politik yang menentang ke'sekular'an sesetengah parti lain, aku tetap akan jumpa dia secara peribadi walau dari jauh aku sanggup pergi cari dia semata-mata untuk bersalam dan ucapkan tahniah sebab dia boleh bercakap macam tu. Sebab perkara ni bukan isu politik tapi untuk kebaikan bersama umat Islam.

Tak ada bezanya dia dengan kita. Dia pun ade kalimah "Laa ilaaha illaallaah;muhammadur rasuulullah" yang mana dia pun sedara kita. Doakan kebaikan, dan pohon Allah turunkan hidayat supaya dia diberi perasaan cinta kepada agama. Jangan doakan kehancuran dia, sebab soal kehancuran, biarlah ia semata-mata keputusan dari Allah. Nabi kita tak tunjuk kat kita untuk hancurkan penduduk thaif, berbeza dengan doa nabi Nuh AS terhadap kaum dia, hancurkan kaum dia. Doa Nabi Musa AS untuk hancurkan Firaun dan Ibrahim AS doa kehancuran untuk Namrud. Kita umat yang istimewa, mengharapkan kebaikan untuk seluruh umat Islam dan seluruh umat manusia.

Wallaahu a'lam.

PS : kredit juga untuk pemimpin-pemimpin lain dari semua parti yang berdiri untuk menyatakan rasa tidak puas hati dengan penghinaan nabi kita Muhammad SAW. Ini bukan post mengampu UMNO, tapi secara keseluruhan aku berterima kasih kepada sesiapa sahaja yang berjasa untuk aku.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran dan pembetulan hasil penulisan amatlah bagus untuk dibincangkan di sini