Saturday 23 July 2011

Memang le budak tak nak pergi masjid!

imam : saf, rapatkan saf...
makmum : yang kat belakang tu! senyap! nyepak kang....

hadoi la ... pakcik... jangan la garang sangat ngan bebudak tu. diorang kekanak tak faham apa-apa pun lagi. Yang diorang tahu, pakcik orang jahat, dan diorang akan hilang kehendak untuk datang masjid bila dah besar nanti.Layan la dengan cara berhemah. Dah lah sekarang orang dah tak kisah nak pergi masjid, pak cik pula buat supaya budak-budak tak nak pergi masjid. Boleh aje ngan budak-budak ni, bagi rasuah gula-gula,lantik sorang jadi ketua. Yang ketua bagi mahal sikit, air kotak ke, tak pun ding dang atau JOJO,suruh ketua larang yang lain main. Kita boleh cuba kan cara macam ni? kan kan?

Ludah ke langit,kena muka balik dan jilat balik air liur

dua tahun lepas ...

mr H : aku nk gi jenjalan
aku : owh, perh ... naek kete baru...
mr H : ek eleh ... da lame da aku bli.. buat ape naek motor. 

mr H : skang aku main mac da. mane ade nak guna cetak2 rompak ni. ape kelas. ko masih agi ke guna pc?
aku : a'ah ... ala, apa salahnye. linux pun boleh kalau tak nak crack2.
mr H : ek eleh ... aku nye mac ni.
aku : bukan ofis punya?
mr H : bos bagi aku la

paling tak boleh blah

mr H : malam ni aku tido hotel.
aku : waaa... keje kat hotel.
mr H : ape lak ... ni keje lain 
aku : (cib@!, ffffffffffuuuuuuuuuu)

---------------------------------------------------------------------------------


Masa aku di Penang, baru je lepas layan pasemboq terbaik. Tiba-tiba satu SMS sampai, dan nombor dia memang aku macam kenal sebab mirip-mirip nombor adik aku.

"salam fahmi, idup lg?" 
"ark"
"Tau tak sape aku?"
"H....?"
"Yes... Kau watpe?"
"ngah ride ke penang-hatyai. awat?"
"Kau keje mane? ak nk mintak job kalo kau ada. Aku mampu buat almost everything utk dptkan duit. Huhu"

this is the dark side of me
percaya tak? mampu buat almost everything utk dapatkan duit? walaupun sodomized by gorilla and being watched by folks?? hahaha~

sekarang, lap balik air liur yang 2 tahun lalu ko ludah, telan balik!
but light side of me
hehe .... (senyum sinis... pun sama cam dark side of me je hahaha. kan aku tak pernah baik)

macam tu lah fahmi, dan sesiapa yang tetiba terbaca coretan ni. Tak payah la nak berlagak2, tak lama je Allah dah balas dah. 2 tahun dulu lagi aku dah beritahu member-member aku yang sama panas ngan aku, "tak lama je dia tu". Tak lama betul kan?

Tuesday 19 July 2011

Bila nafsu bertembung dengan kehendak Allah...

Bila nafsu bertembung dengan kehendak Allah... pasti dan pasti orang macam aku pilih nafsu. Kenapa? sebab aku tak usahakan atas iman aku. Time azan dilaungkan, tak usaha untuk datang ke masjid sebelum azan lagi. Time usaha ziarah, aku tak datang. Zikir pun tak menentu setiap hari, tuntutan zikir kepada Allah pun belum selesai lagi. Cakap kebesaran Khaliq yang ciptakan aku pun jarang buat, cerita kebesaran ronaldinho, messi, barcelona no 1.

Aku tau, aku lemah. Tapi kenapa aku tak usahakan supaya iman aku kuat? sebab aku masih lagi belum yakin yang Allah ciptakan aku semata-mata untuk beribadat kepada Dia. Buktinya senang, tak semua 24 jam aku, aku buat menepati ciri2 cara kehidupan yang Nabi SAW buat. Sentiasa nafsu menang bila bertembung dengan kehendak Allah.

Nafsu bertembung dengan kehendak Allah... Bukan sahaja ada dalam perbuatan maksiat, bahkan dalam perkara ibadat. Nafsu dan semangat yang lebih tanpa ikut telunjuk yang ditunjuk oleh Nabi SAW. Yang jelas, orang sembahyang asar 4 rakaat dia buat 5 rakaat. Tapi ni tak nampak la kan? sebab tak ada orang buat. Macam mana pula dengan orang yang buat .... hurmmm .... malas betul nak cakap.. babai!

Thursday 14 July 2011

Sedih dan gembiraku

Sedih

Bila ...
kita tengok orang Islam mengkafirkan orang Islam ... perhatikan aje, macam mana bila seorang buat kenyataan yang berbeza di dalam masyarakat walaupun menepati syariat Islam. Pasti ditentang dengan keras, tanpa hikmah, "Ust XXXXX adalah seorang yang tidak berakidah seperti Imam Syafie". Oh, mudahnya... Bagaimana sekiranya Ust XXXXX tidak seperti yang kamu katakan? tidakkah kamu sendiri yang akan jadi seorang yang tidak berakidah seperti Imam Syafie? (rujuk hadis)

Bila ...
kita tengok masjid lengang, tiada yang nak datang melainkan orang yang dah bersiap sedia untuk pergi. Orang yang dah bersiap nak pergi pula, tak perlu bertegur sapa dengan orang yang muda mudi. Dimarahnya pula anak-anak kecil yang belum tahu pun apa dia solat itu sampai lah jadi bertambah lengang masjid melainkan dipenuhi orang - orang yang dah nak pergi.

Bila ...
ilmu dijadikan senjata untuk menjatuhkan seseorang sebagai munafik, syirik, kafir, fasiq, dayus dsb .. "mengikut sekian sekian sekian, si XXXXX ialah munafik!", sedangkan ayat yang sebenar adalah kepada diri sendiri "Fahmi, engkau sudah munafik.. tak pergi sembahyang subuh berjemaah." Zaman nabi, orang yang tak datang sembahyang subuh dan isya' hanyalah orang munafik shj

Bila ...
aku tak ada kekuatan untuk pergi sembahyang kat masjid. Ada masanya, memang terasa kerdil. Memang kehendak ku, memang nak jadikan setiap tapak ni ke arah tempat yang paling kau cintai. Tapi, apakan daya... Kelemahan ku yang hanya Kau mengetahui...

Gembira

Bila ...
tengok ade orang muda datang sembahyang kat masjid. Rasa macam nak berjabat tangan, dan tanyakan kepada dia.. "Sahabat, macam mana kamu boleh ada kekuatan untuk datang sembahyang berjemaah?" aku tak tipu, memang aku kagum sangat dengan orang macam ni.

Bila ...
budak muda, rambut panjang ada tindik pakai seluar jeans biru lusuh datang kat masjid. Aku gembira sangat - sangat, memang sungguh - sungguh aku gembira. Kenapa? orang macam ni pun ada kekuatan untuk datang sembahyang berjemaah di masjid, tak macam aku yang tak pakai macam dia tapi tak dapat datang masjid. Di dalam keadaan zahir dia yang dipandang serong masyarakat pun, dalam hati dia ada perasaan untuk datang kat masjid. Selamat datang saudaraku.

Bila ...
orang tua ambil tahu dan peduli tentang kehadiran orang muda di masjid ...

Bila ...
Aku dapat istiqamah dalam amal yang aku hendak lakukan ...

Kalau ...
Aku dapat ucap kalimah syahadah sebelum ajalku ... :'(

:: allahummaj'alna minhu ::

Wednesday 13 July 2011

Aku Menulis...

Aku benci,
gagal laksanakan perintah allah
Aku benci,
majlis caci mencaci

Aku benci,
diri aku cakap tapi tak dapat nak buat

Aku benci,
perpecahan dalam umat

Aku benci,
menghalalkan apa yang allah tak halalkan, Walaupun aku buat larangan Allah jugak, tapi aku tak pernah membenarkan atau mengharuskannya. Aku tetap kata aku salah sebab aku buat apa yang

Aku menulis
Bukan nak cari follower


Aku menulis
Bukan nak mencari kebanggaan


Aku menulis
Bukan nak mencari kemahsyuran


Aku menulis
Bukan nak orang suka kat aku


Aku menulis, apa yang terbuku dalam hati aku. Apa yang bermain di kepala ku, apa yang berlaku dalam hidup aku supaya aku dapat jadikan pengajaran.. Apa yang aku dapat, aku perlu sampaikan, apa yang aku sampaikan, aku kena telus.


dan aku tulis, sebenarnya adalah luahan apa yang aku rasa sebagai orang yang lahir di hujung dunia. Moga - moga, ada lah kebaikan daripada pemikiran yang lemah ini.

umaaaat ....