Tuesday 19 July 2011

Bila nafsu bertembung dengan kehendak Allah...

Bila nafsu bertembung dengan kehendak Allah... pasti dan pasti orang macam aku pilih nafsu. Kenapa? sebab aku tak usahakan atas iman aku. Time azan dilaungkan, tak usaha untuk datang ke masjid sebelum azan lagi. Time usaha ziarah, aku tak datang. Zikir pun tak menentu setiap hari, tuntutan zikir kepada Allah pun belum selesai lagi. Cakap kebesaran Khaliq yang ciptakan aku pun jarang buat, cerita kebesaran ronaldinho, messi, barcelona no 1.

Aku tau, aku lemah. Tapi kenapa aku tak usahakan supaya iman aku kuat? sebab aku masih lagi belum yakin yang Allah ciptakan aku semata-mata untuk beribadat kepada Dia. Buktinya senang, tak semua 24 jam aku, aku buat menepati ciri2 cara kehidupan yang Nabi SAW buat. Sentiasa nafsu menang bila bertembung dengan kehendak Allah.

Nafsu bertembung dengan kehendak Allah... Bukan sahaja ada dalam perbuatan maksiat, bahkan dalam perkara ibadat. Nafsu dan semangat yang lebih tanpa ikut telunjuk yang ditunjuk oleh Nabi SAW. Yang jelas, orang sembahyang asar 4 rakaat dia buat 5 rakaat. Tapi ni tak nampak la kan? sebab tak ada orang buat. Macam mana pula dengan orang yang buat .... hurmmm .... malas betul nak cakap.. babai!

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran dan pembetulan hasil penulisan amatlah bagus untuk dibincangkan di sini