Thursday 4 August 2011

Jadual Harian Cadangan untuk Bulan Ramadhan

4:30 AM - Bangun Pagi Tahajjud
5:15 AM - Persiapan Sahur
5.30 AM - Sahur @ melantak hehe
5.50 AM - Sembahyang Subuh + tilawah + mesyuarat harian + taklim
7.20 AM - Persiapan ke pejabat
7.30 AM - Bertolak ke Ofis
8.00 AM - Kerja
1.30 PM - Sembahyang Zohor + tilawah
2.00 PM - Kerja
4.30 PM - Persiapan balik + Sembahyang Asar +
5.00 PM - Tadarus
6.00 PM - Balik Rumah + Persiapan untuk Iktikaf (baju + makanan sahur + bedding)
7.00 PM - Pergi Masjid untuk berbuka (Free!! hoho!)
7.30 PM - Buka Puasa + Maghrib + Sembahyang Isya' + Terawih
10.30 PM - Terus Tido

Berikut ialah jadual harian cadangan untuk Muslimin2.. Ada orang boleh buat, anda pun apa kurangnya. Barulah menepati ciri2 apa yang Allah beritahu dalam Al Quran

"Katakanlah : sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah" - surah al an'am , 161

Wednesday 3 August 2011

Allah Rasul Allah Rasul ... $$$

nota : Ini adalah sebahagian dalam kehidupan aku, harap tiada siapa yang mencaci maki kat sini sebab aku cuma beritahu apa yang ada dalam fikiran aku. sekian~


aku duduk, penuh dengan perasaan nak dengar ilmu yang disampaikan oleh penceramah ... 

ramadhan, bulan bulan rahmat ... bulan maghfirah ... bulan  lepas dari azab kubur ... 

blah blah blah ... 


kalau bulan ramadhan ni afdhalnya kat mekah tuan-tuan, sebab nabi beritahu sesiapa yang yang mengerjakan umrah di bulan ramadhan seumpama pahala mengerjakan haji... 

blah blah blah ...


tuan - tuan kena rasa puasa di mekah ... 12 jam dalam panas... 

blah blah blah ... 

last - last sekali,

Jadi, kat sini ada borang... sesiapa yang nak buat umrah dalam bulan ramadhan ade beberapa kekosongan lagi .. satu kepala dalam RMXXXX . 


ek? oooo ... ust ... kalau nak iklankan produk, beritahu la awal-awal. 

--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Pernah Maulana Saad beritahu dalam bayan semasa ijtima'. lebih kurang begini la bunyinya 
"Tuan-tuan masa makan jangan zahirkan @ mintak garam dari khidmat ta'am. Takut-takut usaha dakwah yang tuan dah lama buat, allah dah balas dah dengan ganjaran garam (yang kita zahirkan permintaan kita)"

Ini berkait sekali dengan apa yang berlaku pada zaman sahabat, yang mana bila abu bakar RA minum air yang manis @ madu (seingat aku lah), dia terus menangis sehinggakan orang-orang di sekitarnya pun turut menangis walaupun tak tahu apa yang ditangiskan oleh Saidina Abu Bakar RA. Sehingga lah seorang bertanya kepada beliau, " wahai Abu Bakar, apa yang kau tangisi?". Jawabnya "Aku khuatir sekiranya ganjaran pengorbanan yang telah ku lakukan telah Allah balas sekarang (madu tersebut , dan tiada balasan di akhirat kerana telah dibayar mengikut apa yang kita pinta)".

Memang besar kaitannya dengan hadis yang pertama Imam Bukhari letakkan di dalam kitab sahihnya. 

"sesungguhnya setiap perbuatan adalah dengan niatnya" - lebih kurang maksud hadis.

Disebabkan ust tersebut adalah rakan sepengajian aku dulu, aku pun beritahulah kepada dia perkara yang aku rasa perlu sebagai peringatan.

" Aku keluar jalan Allah, duit aku yang habis. Kau buat kerja agama, kau yang dapat duit. ". Dia lantas tersipu-sipu. Tapi aku tetap pohon hidayat supaya dia dan aku sama-sama dapat menghala ke arah takwa.