Thursday 14 July 2011

Sedih dan gembiraku

Sedih

Bila ...
kita tengok orang Islam mengkafirkan orang Islam ... perhatikan aje, macam mana bila seorang buat kenyataan yang berbeza di dalam masyarakat walaupun menepati syariat Islam. Pasti ditentang dengan keras, tanpa hikmah, "Ust XXXXX adalah seorang yang tidak berakidah seperti Imam Syafie". Oh, mudahnya... Bagaimana sekiranya Ust XXXXX tidak seperti yang kamu katakan? tidakkah kamu sendiri yang akan jadi seorang yang tidak berakidah seperti Imam Syafie? (rujuk hadis)

Bila ...
kita tengok masjid lengang, tiada yang nak datang melainkan orang yang dah bersiap sedia untuk pergi. Orang yang dah bersiap nak pergi pula, tak perlu bertegur sapa dengan orang yang muda mudi. Dimarahnya pula anak-anak kecil yang belum tahu pun apa dia solat itu sampai lah jadi bertambah lengang masjid melainkan dipenuhi orang - orang yang dah nak pergi.

Bila ...
ilmu dijadikan senjata untuk menjatuhkan seseorang sebagai munafik, syirik, kafir, fasiq, dayus dsb .. "mengikut sekian sekian sekian, si XXXXX ialah munafik!", sedangkan ayat yang sebenar adalah kepada diri sendiri "Fahmi, engkau sudah munafik.. tak pergi sembahyang subuh berjemaah." Zaman nabi, orang yang tak datang sembahyang subuh dan isya' hanyalah orang munafik shj

Bila ...
aku tak ada kekuatan untuk pergi sembahyang kat masjid. Ada masanya, memang terasa kerdil. Memang kehendak ku, memang nak jadikan setiap tapak ni ke arah tempat yang paling kau cintai. Tapi, apakan daya... Kelemahan ku yang hanya Kau mengetahui...

Gembira

Bila ...
tengok ade orang muda datang sembahyang kat masjid. Rasa macam nak berjabat tangan, dan tanyakan kepada dia.. "Sahabat, macam mana kamu boleh ada kekuatan untuk datang sembahyang berjemaah?" aku tak tipu, memang aku kagum sangat dengan orang macam ni.

Bila ...
budak muda, rambut panjang ada tindik pakai seluar jeans biru lusuh datang kat masjid. Aku gembira sangat - sangat, memang sungguh - sungguh aku gembira. Kenapa? orang macam ni pun ada kekuatan untuk datang sembahyang berjemaah di masjid, tak macam aku yang tak pakai macam dia tapi tak dapat datang masjid. Di dalam keadaan zahir dia yang dipandang serong masyarakat pun, dalam hati dia ada perasaan untuk datang kat masjid. Selamat datang saudaraku.

Bila ...
orang tua ambil tahu dan peduli tentang kehadiran orang muda di masjid ...

Bila ...
Aku dapat istiqamah dalam amal yang aku hendak lakukan ...

Kalau ...
Aku dapat ucap kalimah syahadah sebelum ajalku ... :'(

:: allahummaj'alna minhu ::

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran dan pembetulan hasil penulisan amatlah bagus untuk dibincangkan di sini