Tuesday 11 February 2014

Nasihat maulana saad dlm mesyuarat

NASIHAT MAULANA SA'AD DAMAT BARAKATUHUM MENGENAI MESYUARAT

Sebagaimana solah adalah satu rukun agama yang penting, demikianlah mesyuarat adalah satu rukun penting dalam usaha dakwah. Tidak ada agama bagi orang yang tidak solah , demikianlah tiada ada usaha dakwah bagi orang yang tidak bermesyuarat.

Sebagaimana agama adalah satu amanah, maka mesyuarat juga adalah satu amanah.
Kelemahan usaha adalah kelemahan mesyuarat. Usaha telah lemah kerana mesyuarat telah lemah.
Maksud mesyuarat bukanlah untuk menyempurnakan takaza, tapi maksud mesyuarat ialah untuk menyatukan hati rakan seusaha sehingga dapat buat usaha bersama-sama.

Takaza akan disempurnakan oleh rakan seusaha yang sanggup berkorban.
Mana-mana mesyuarat yang tidak dapat menyempurnakan takaza bukanlah bererti mesyuarat· itu lemah. Sebaliknya mesyuarat yang lemah ialah mesyuarat yang kerana mesyuarat itu rakan-rakan pecah hati lalu berhenti daripada usaha.

Orang-orang yang bersedia (menyambut takaza) sebenarnya mereka bersedia dengan sebab mesyuarat yang dilakukan. Ada pun rakan-rakan yang berhenti daripada usaha, mereka berhenti kerana asbab mesyuarat (yang tak betul).

Tiada sebarang 'Faisal' (pemutus) tanpa ·jemaah ahli syura dan tidak ada jemaah ahli syura tanpa 'Faisal' (pemutus). Sebagaimana tidak ada jemaah tanpa amir dan tidak ada amir tanpa jemaah.
Mana-mana rakan seusaha bermesyuarat dengan rakan seusaha yang lain, ini adalah kelemahan mesyuarai. Mana-mana rakan seusaha bermesyuarat dengan mana-mana jemaah, ini pun kelemahan mesyuarat. Mana-mana ahli jemaah bermesyuar dengan mana-mana seorang orang tanggungjawab, ini pun kelemahan mesyuarat.

Bermesyuarat tanpa mana-mana seorang ahli syura pun adalah kelemahan mesyuarat.
Mana-mana rakan seusaha jangan bermesyuarat dengan mana-mana rakan seusaha yang lain. Mana-mana rakan seusaha jangan bermesyuarat dengan mana-mana jemaah.

Sebaliknya jemaah bermesyuarat dengan jemaah. Mana-mana jemaah bermesyuarat dengan mana-mana seorang ahli syura, ini pun satu bentuk kelemahan mesyuarat.

Kerana ketiadaan mana-mana seorang ahli syura, mesyuarat hendaklah ditunda. Tidak perlu buat keputusan pada masa itu juga.

Sesiapa yang tidak ada kepentingan mesyuarat maka apa-apa keputusan yang dibuat dalam mesyuarat yang sedemikian pun tidak akan dipandang penting.
Keputusan mesyuarat tidak bergantung kepada cadangan yang banyak, tapi keputusan dibuat berdasarkan 'basiroh'.

Dalam mesyuarat mula-mula cadangan diminta daripada orang-orang lama dan kemudian daripada orang-orang yang. banyak korban.

Orang yang ingin agar keputusan dibuat mengikut cadangannya maka dia akan hias-hiaskan cadangannya itu.

Orang yang ingin agar keputusan dibuat mengikut cadangannya maka terlebih dahulu dia akan menyediakan suasana cadangannya itu sebelum mesyuarat lagi. Maksud Hadis: "Sesiapa yang ingin keputusan mesyuarat dibuat mengikut cadangannya maka dia mengambil potongan daripada api neraka."

Ada dua cara dalam memberi cadangan:
a. Beri cadangan dengan cara bahawa mesyuarat akan putuskan apa-apa yang saya hendak.
b. Terangkan hal-hal berkaitan dengan apa-apa yang dimesyuaratkan dan atas itu apa-apa yang diputuskan oleh 'Faisal' akan diamalkan.
Cadangan berdasarkan semangat tidak akan diterima kerana cadangan-cadangan berdasarkan semangat mengandungi 100 % kerugian.
Semasa mesyuarat, mintalah cadangan begitu·banyak sehingga tidak ada idea/pandangan lagi untuk sesuatu perkara itu.
Banyaknya cadangan/padangan untuk sesuatu perkara yang dimesyuaratkan bukanlah merupakan ikhtilaf atau perpecahan sebaliknya pandangan/syor yang banyak akan memantapkan perkara yang dimesyuaratkan.

Dalam setiap cadangan pasti ada apa-apa kekurangan. Apabila cadangan itu dibawa mesyuarat dan kemudian pandangan yang banyak diberi terhadap cadangan itu maka pandangan-pandangan yang banyak itu akan memantapkan cadangan itu.

Jika ada mana-mana orang tanggung jawab memberi apa-apa tugas kepada seseorang yang ada hubungan peribadi dengannya sedangkan orang itu tidak ada kemampuan untuk tugas tersebut maka orang tanggung jawab tersebut akan dihujani laknat.

Sekiranya selepas mesyuarat ada yang mengatakan, siapa yang buat mesyuarat? Siapa yang buat keputusan? Maka tidak ada fitnah yang lebih besar daripada itu.

Jika berlaku apa-apa keburukan selepas mesyuarat dan ada orang berkata, ahli mesyuarat tidak menerima pandangan kami oleh sebab itu berlaku keburukan. Kata-kata demikian adalah perangai orang munafik. Sementara orang beriman akan kata 'Kami beriman dengan apa-apa yang ditakdirkan oleh ALLAH.'

Mintalah cadangan daripada orang yang duduk diam semasa mesyuarat. Jika tidak, apabila selesai mesyuarat, orang macam itu akan berkata "Ahli mesyuarat tidak ambil syor pun dari kami lalu mereka dah buat keputusan."

Jika ada orang bertanya selepas selesai mesyuarat "Sebenarnya apa cadangan kamu semasa mesyuarat tadi?" Jawabkan kepadanya, "Apa keputusan mesyuarat, itulah cadangan kami." Dalam keadaan demikian, jika dia tetap bertanya, "Apa cadangan kamu dalam mesyuarat tadi?" Katakan kepadanya, "Kami telah beri cadangan kami dalam mesyuarat".

Jika mesyuarat dilakukan dengan mengenepikan mana-mana ahli syura atau orang tanggung jawab maka syura atau orang yang diketepikan itu akan membentuk kumpulannya menentang ahli mesyuarat. Lantaran itu rakan-rakan seusaha .akan sibuk dengan masalah dalaman dan takaza agama akan terbengkalai.

Jika ada mana-mana rakan seusaha meletakkan sesuatu takaza kepada orang lain dengan niat untuk melepaskan dirinya sedangkan ia tidak ada apa-apa uzur syara' maka sebenarnya dia secara terang-terangan mengingkari usaha dakwah.

Sesiapa yang melepaskan takaza kepada orang lain maka ALLAH akan pinggirkan dia dari usaha dan bangkitkan orang lain untuk buat usaha.
Tiada penyesalan dalam mesyuarat.

Jangan potong cadangan sesiapa dan jangan pandang hina cadangan sesiapa.
Amir tidak terikat dengan sedikit atau banyak syor.
Bermesyuarat adalah sunnah. Namun, pecahkan hati adalah haram. ·

Sebelum mesyuarat, pendapat boleh berbeza. Tetapi selepas keputusan amir, semua kena bersatu pendapat dan mengatakan keputusan amir adalah pendapat saya.

Semasa keluar di jalan Allah, mesyuarat dilakukan untuk 3 perkara;
a. Sebagaimana kita keluar ke jalan ALLAH untuk belajar agama demikianlah orang kampung pun perlu dikeluarkan untuk belajar agama.
b. Bagaimana semua orang Islam di sini dapat hidupkan amalan iman.
c. Untuk aturkan tertib amalan jemaah selama 24jam.
Duduk dalam mesyuarat dengan niat untuk taat, jangan duduk dalam mesyuarat dengan niat supaya orang lain taat kepada kita dan dengar cakap kita.
Berikan syor bukan gaya menghukum/memerintah.
Keputusan mesyuarat boleh diubah hanya dengan mesyuarat.
Duduklah mesyuarat dengan penuh fikir.
Jika ada yang berkata, "Syor saya tidak diterima dalam mesyuarat oleh kerana itulah berlaku kerugian/keburukan." Ini adalah cara orang munafik.
Bermesyuaratlah samada untuk urusan agama ataupun dunia.
Bermesyuarat adalah amalan yang ·disukai ALLAH, sunnah segala rasul, amalan para sahabat r.anhum serta keperluan kita yang penting.
Berilah syor dengan mementingkan manfaat agama yang lebih banyak.
Bermesyuarat sebelum mesyuarat adalah rancangan jahat, bermesyuarat selepas mesyuarat adalah pemberontakan.
Tiga perkara kena ada pada amir mesyuarat:
Pernah keluar ke jalan ALLAH
Istiqamah 5 amal
Ada sifat menyatupadukan
Amir jemaah patut ada 3 sifat :
Kasih sayang seorang ibu
Pemerhatian seorang ayah
Tarbiah seorang ustaz
Perbezaan pendapat adalah rahmat. Perpecahan hati adalah azab. Mustahab untuk bermesyuarat dalam urusan peribadi dan wajib bermesyuarat untuk urusan ijtimai.
Jika amalan ijtimai dibuat sendiri-sendiri ( tanpa mesyuarat) itu merupakan ujub.
Diterjemahkan oleh: Maulana Muhammad Razif Abdul Wahab.
Madrasah Pengajian Tahfiz Darul Ansar ·
Kelantan.

(13 Januari 2011)
Route yang telah di putuskan di Tongi
------------------------------------------
- Hj Zaid ke ARGENTINA
- Hj Ibrahim kajang ke CUBA
- Hj Hussein Kamal ke SWEDEN-NORWAY
- Cikgu Idris ke SURINAM GUYANA
- Shamsul ke CAPE TOWN
- Hj Ghazi ke CALIFORNIA
- Hj Hanan ke POLAN/UKERINE
- Zakaria subang jaya ke SIERRA LEON
- Hj Sharif ke NIGERIA
- Hj Alias ke NEW ZEALAND
- Cikgu     ke PAPUA NEW GUINEA
- Felda gedangsa ke MALUKU ISLAND
- Dr Ismail ke KANADA
- Basri ke SPAIN
- Takaza Jemaah2 perlu di hantar ke negara2 berikut ; USA, australia, ireland, surinam, venezula, mongolia, german, saudia arabia, labenon, libya, colombia, new calidonia, moscow, jepun, cina, 40 hari dan 4 bulan perth & cocos island.

**semua takaza telah di ambil oleh halqah2.
Alhamdulillah penulis whatup brother Hj Hakim bin hj Mansor telah masuk jem Sheikh Maiden.dan route jem ni telah diputuskan ke Spain,hai berpeluang jem ni akan buat ghast Masjid Cardoba dan menghidupkan amalan DTI dimasjid tu.Jemaah ni semua dari kalangan anak watan Sri Petaling Keanggotaan jem ni ialah Sheikh Maiden,Wak Omar,Hj Othman Sipol,hj Hakim Mansor dan Ust Ismail Deris.Jem kedua yg telah dibentuk ialag Hj Zaid Abdullah,Dato Kassim,Ust Abdullah Hizli dan ust Hazim dan dua org lagi dari Bangi dan route nya ke Argentina dan jem ketiga yg telah dibentuk Hj Gazi,Zulkifli Nobat,Suhaimi ,Apit dan Pakistan Brother dan route nya k California USA dan satu jem masturat 2bulan telah ditafakut dan bentuk terdiri dari Ust Hamzah,Sufian Lau,Dr Fauzi dan Othman Ali dan routenya insyaallah ke Arab Saudi dan satu jem 4b ke IPB terdiri dari Abdul Rahman DBKL,hj Ghani dan Yuslan. Nampak marhala masjud Sri Petaling.satu satunya masjid yg berjaya mengeluarkan 3jem 4bln  negara jauh lelaki dan  satu jem 2b masturat,semoga rekod cemerlang ni akan kekal dan Allah jadikan asbab hidayat diseluruh dunia dan akhirat....

Sunday 12 January 2014

[Ringkas] - ibroh muhammad s.a.w

Salamun alaik..maaf ganggu..di dalam kesusahan kita menempuh cabaran imtihan ini,luangkanlah masa kita untuk memikirkan ibroh apa yang berlaku pada 12 ربيع الاول ni..tahun demi tahun berlalu semakin jauh dari kelahiran beliau,setiap perkara pasti ade ibroh..dan ibroh yang perlu tersemai dalam diri kita adalah ibroh perjuangan baginda..yang mane terletaknya ibroh besar dalam setiap episod baginda yg tidak terhitung payahnya,dibaling batu hingga mengalir darah yg berkocak,dicerca oleh nenek yg sdg disuapinya,dibaling Najis..adakah benda dikatakan sebagai dugaan kecil sebagai utusan Allah? Masihkah kita di zon yg selesa? Masihkah kita sempat bergurau senda sedang nabi menahan sakit di hati? Masihkah banyak masa utk memikirkan benda kecil? Sedang nabi bersusah mengatur umat? Jika kita adalah seorang yg jarang membelek sirah,lazimilah dgn selawat kpd bagind..sambil menyapa jiwa..sudah cukupkah amalku utk bersamamu baginda?
(nukilank ust ahmad lutfi paridin)

Tuesday 7 January 2014

Maksiat dan Masjid

"Pak mael! Ke mana tu?"

"Eh, ko tgk aku pakai camni...mestilah masjid!"

Kata pak mael dengan seluar track suitnye. Di tangannya pula terpegang bat ping pong.

Normal tak suasana ni? Jawapan dia bukan TAK, tapi BELUM. Tajuk memang tak sama dengan intro, sebab memang nak bagi pembaca buka minda dan berfikirm peristiwa kat atas tu bukannya peristiwa jadi jadian atau direka. Malang sekali memang pernah terjadi pada saya.

Saban hari masjid dah kehilangan kesuciannya. Dengan jadi tempat untuk orang menghamburkan caci caci makian atas nama islam, tempat simpan barang rewang dsb. Tak terlepas juga sebagai tempat untuk menambahkan kekayaan dengan berniaga menjualkan takwa, dapat kepercayaan orang ramai dan kaya (sila rujuk hadis nabi ajar doa utk orang yang berniaga dalam masjid).

Kita terus kepada maksud asal kenapa pos ini ditulis. Tak salah nak bernikah di masjid. Tak salah juga nak berniaga di perkarangan masjid dan tak salah pun kalau nak main ping pong di perkarangan masjid. Apa yang penting sebenarnya ialah menjaga hak2 masjid. Antara hak2 masjid ialah menjaga aurat. Pernah saya datang dua kenduri yang berbeza tetapi bertempatkan masjid. Satu, alhamdulillah tetamunya beretika seperti yang sepatutnya manakala satu lagi tidak. Apa yang tidaknya? Pakaian tetamu perempuan tak menutup aurat, dengan dendangan meriah lagu kahwin (yang dulu banyak ustaz kate haram tapi disebabkan nak menyambut kedatangan dajjal, dah halal dimainkan kt masjid), perzinaan wanita dengan semua lelaki yang terbau wangiannya dan perkara2 biasa yang berlaku dalam majlis kahwin yang tak perlu diterangkan lagi. Nak ceritanya, gambar pengantin berpelukan bagai pun berlatarkan pintu masjid.

Umat. Ketahuilah cinta allah pada sesuatu tempat bermulanya dengan masjid. Tapi jika di masjid pun kita dah usaha untuk tambahkan kemarahan allah, mana lagi muka bumi allah yang lebih disukai selain dari masjid? Tidak dengan nada marah saya menyampaikan perkara ni, tetapi dengan penuh kasih sayang saya mengharapkan masjid itu dipelihara kesuciannya. Bebas dari kemurkaan allah. Kenapa kita suka sangat meletakkan urusan atas kepala kita sendiri? Inilah kepala segala bidaah, yakni meletakkan urusan agama berpaksikan akal fikiran sendiri berbanding wahyu allah dan sunnah rasulullah saw. Saya faham, dengan katering yang disediakan masjid, memang dapat menambah pendapatan masjid lantaran dapat digunakan untuk kebaikan umat islam setempat. Tapi menjana kewangan bukanlah dengan cara yang allah murka. Saya perhatikan, ada ruangan parkir di luar kawasan masjid yang memang milik masjid tersebut. Alangkah bagusnya sekiranya majlis yg berlangsung dijalankan di sana. Masjid tetap dekat, senang nak sembahyang.

Orang orang agama sepatutnya menjadi mereka yang bermujahadah nafsu dan kesenangan. Jangan jadikan diri kita sebagai alasan mereka yang tak bertanggungjawab untuk buat kemungkaran. Sebagai contoh; orang masjid yang memulakan majlis perkahwinan di masjid. Pada asalnya memang tetamunya ialah orang yang jaga2 aurat. Tapi bila orang masjid dah mulakan, orang orang yang tak biasa ke masjid pun jadikan masjid sebagai salah satu pilihan yang mereka ada. Bila orang orang macam ni pun buat majlis, maka bermulalah yang saya tulis di atas. Saya tak letakkan semua kesalah kat orang yang tak tahu agama, tapi orang agama lah yang paling perlu berhati hati. Jangan habuan dunia yang sedikit menjadi maksud utama kehidupan. Jangan iktikad anda pada duit menjadikan masjid halal untuk segala galanya.

Ini bukan sola fatwa. Fatwa memang sentiasa bermula debgan harus, melainkan ada nas yang mengharamkannya. Tapi ini soal taqwa. Mana kasih sayang kita pada kesucian masjid dan kecintaan kita kepada perasaan kasih sayang nabi terhadap umat.

Sentiasalah letakkan taqwa di hadapan.

Allaahummansurnaa ya allah.

Ps : Bacalah post ni 5 tahun nanti dengan hati terbuka lapang.

Nanti akan ada mulut yang beri penerangan bahawa
Hadapan masjid tak dikira sebagai masjid;
Dendangan lagu kahwin perempuan harus;
Nak dakwah orang kepada masjid, xpe kalau orang islam perempuan tak pakai tudung masuk masjid;
Dan sebagainya.