Thursday 27 December 2012

[Laporan] - Jemaah Dakwah Taman Fadason Pertama

Belum pun bermulanya cuti sekolah lagi mesyuarat di halaqah Selayang dah bawak fikir dari markas Malaysia, Masjid Sri Petaling, untuk keluarkan jemaah pelajar sekolah menengah. Jadi, usaha ziarah dah pun giat berjalan untuk jumpa setiap pelajar di Marhalah (kampung) sendiri dan mak bapak mereka supaya dapat kami bentuk jemaah sempurna dari marhalah masing-masing. Alhamdulillah, selepas beberapa orang yang kami jumpai, dapat lah beberapa orang yang sedia untuk belajar-belajar untuk keluar di jalan Allah. Tarikh yang diputuskan untuk keluar dari marhalah saya ialah pada 1 Disember 2012, yang mana tarikh ini diambil supaya semua pelajar SPM di marhalah kami dapat turut serta dalam jemaah. Alhamdulillah, azam kami untuk bentuk jemaah sempurna diterima Allah. 2 orang pelajar SPM, 1 orang pelajar PMR, 1 orang pelajar tahfiz dan abg Hashim salah seorang jemaah dari Taman Fadason adalah antara orang yang baru kali pertama keluar di Jalan Allah selama 3 hari, Jadi, kesemua 8 orang dari kami ( fahmi ghufirallah lahu, amri, lutfi, abg hashim, haris, redwan, husin (abg kepada redwan), dan fikri) berkumpul pada 1hb Dis 2012 bermula pada jam 10am.

Selepas bayan nasihat yang diberikan oleh abg Malik dari taman Beringin kami bergerak ke sebuah surau di Damansara Damai. Datangnya kami di sana bukanlah datang dengan semberono. Tetapi kami telah diberikan tempat tersebut adalah hasil dari mesyuarat dengan halaqah Kepong. Sesudah kami sampai, kami disapa oleh seorang karkun yang datang ke surau tersebut untuk bersembahyang zohor. Bertanyalah kami kepada beliau tentang perihal tempatan. Selepas asar barulah bermula kisah pengajaran kepada kami. Sampainya imam surau tersebut dengan menaiki motor, berpayung meredah hujan lebat. Pakaiannya berjubah, dan serban tak kurang juga janggutnya yang lebat. Saya amat kagum dengan kesungguhan imam tersebut untuk datang mendirikan sembahyang walaupun dalam hujan lebat. Segera saya ke arahnya dan menyambut kedatangan beliau. Sebelum ini,saya difahamkan yang beliau pun seorang karkun (nama gelaran orang buat kerja tabligh).

penulis : "assalamualaikum, imam ye?" . Dia pandang daku beberapa ketika. Aku terkial-kial senyum tanpa balasan. Tangan yang ku hulur pun tak dibalas.
imam : "jemaah dari mana?"
penulis : "kami dari Kepong"
imam : "masuk jemaah anta ni, dah jemaah yang ke 5-6 dah. berapa banyak jemaah nak hantar kat sini? jemaah tashkil pun satu, selalu hantar kat sini. sepatutnya setahun dalam 3-4 jemaah aje yang masuk. kalau lebih daripada tu ada lah yang tak kena. Ana bukannya tak suka jemaah datang, AJK tak suka. Hari tu dah mesyuarat dah jemaah yang masuk kena bayar bil. Tempat ni baru, belum ada sumber lagi ... bla bla bla" baru dia hulur tangan untuk ditarik cepat-cepat daripada dalam salaman aku. Pergi dengan nada angkuh, tatkala daku masih kehairanan kerana kali pertama berjumpa dengan karkun yang sungguh sombong. Memang hati daku rasa tak sedap. Sesuatu akan berlaku.

Selepas bayan Kepentingan Dakwah selepas asar, imam tak duduk sekali. Kami terkial-kial mencari sesiapa yang kami boleh lawati di kalangan AJK surau. Tak menjadi masalah, kami teruskan program seperti yang dirancang. Dalam lebih kurang jam 6 petang, kami akan pergi rumah ke rumah, ziarah orang Islam, muliakan mereka dan dalam masa yang sama kami sebarkan fikir tentang kepentingan usaha atas iman.

Selesai beri adab dalam ziarah, beberapa orang dilantik untuk menjadi jemaah di luar dan beberapa orang lagi berada di dalam. Saya dilantik untuk berada di luar, beberapa orang ziarah rumah ke rumah. Sepanjang perjalan, tak banyak rumah orang Islam di sana. Dalam renyai hujan, kami bertemu dengan seorang pelajar sekolah menengah bernama Izuddin. Selesai wakil jemaah (mutakallim) ceritakan kepadanya tentang kepentingan iman, dia bersedia untuk ke masjid pada waktu tu juga. Terus dia berjalan bersama dengan seorang yang telah dilantik oleh ketua jemaah ke arah masjid. Hakikatnya, sejengkal yang dia jalan menuju ke masjid, rahmat Allah telah pun sampai kepadanya sehasta. tapi terus menerus dalam renyai hujan aku tengok dia berjalan bahkan lebih dari sedepa. Dan langkah dia kepada Allah menyebabkan rahmat Allah itu datang berlari kepada dia. Alhamdulillah.
"....barangsiapa yang mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya satu hasta. Barangsiapa yang mendekati-Ku satu hasta, maka Aku akan dekatinya satu depa. Dan barangsiapa yang datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari..." ~ mafhum hadis qudsi
Dipendekkan cerita, kami berjumpa dengan 2 orang lagi selepas Izuddin dan salah seorangnya ialah seorang Ustaz selebriti hebat Malaysia. Tak perlu daku beritahu siapa kerana takut akan berlaku pandangan buruk terhadap beliau oleh pembaca dalam penulisan ini.Sekembali kami ke masjid, kami berdoa kepada mereka yang kami jumpa tadi. Izuddin ada bersama kami. Selesai sembahyang Maghrib, ada bayan Maghrib dan Amri ditugaskan untuk memberi bayan. Semasa bayan tersebut, imam pun tidak bersama kami. Dan aku dapat tahu bahawa ada seorang yang duduk jauh dari kami, dia adalah Setiausaha kepada surau tersebut. Selesainya bayan, kami (saya dan abg malik) meluru kepadanya dan berjumpalah kami dengan salah seorang AJK surau akhirnya.

Setiausaha : U all tak sepatutnya datang sini tak beritahu. Kita ada prosedur. At least dalam 3 bulan kalau u all nak datang dah kena beritahu. Esok nanti ada program untuk orang perempuan. n bla bla bla ...

percakapan yang sama imam tadi cakap. Abang Malik terus senyum dan beritahu bahawa kami diberi tempat tersebut hasil daripada mesyuarat Halaqah. Yang mana di sana sebenarnya kalau diberitahu kami tak boleh masuk ke masjid / surau tersebut, kami tak akan masuk pun. Tapi orang tempatan tak datang untuk beritahu, maka kami pun tak tahu lah macam mana status masjid / surau tu. daku pula terus senyap, menahan perasaan. Selesai dia katakan ketidakbolehan kami untuk berada di surau dia, kami bertemu lagi dengan imam yang sedang duduk di beranda. Bertanyakan rumah pengerusi, dia pun transfer ke orang lain, dan orang lain tu pulak transfer balik pada dia maka jadilah kami terpinga-pinga tanpa hasil.

Malam diteruskan macam biasa. Selepas solat Isya', makan malam dan ta'lim akhir beserta adab tidur. Malam tu, ta'lim dibaca oleh Fikri, dan adab tidur disampaikan oleh Ust Lutfi. Izuddin dah balik dah lepas Isya' tadi sebab dia ke masjid pun sebab tak beritahu mak dia pun dia terus pergi ke masjid lepas kami ziarah dia di rumahnya. Gembira sangat hati ni, bila dapat tengok dia datang ke masjid dengan penuh kesungguhan. Masa kami jumpa dia petang tadi, berseluar pendek dan sedang bergurau-senda dengan adik dia. Selesai program, tidur dan tahajjud. Kehadiran abang Ayub lewat malam tu sedikit sebanyak meringankan sedikit beban kami untuk kerja di esok hari. Beberapa orang bangun malam, sejuk hati aku tengok. Doakan kebaikan umat, kebangkitan umat, umat kembali kepada agama Allah yang sempurna, umat mencintai dan mengekori orang yang sepatutnya diekori iaitu Nabi Muhammad SAW. Moga doa kami ini diterima Allah.

Selepas selesai Solat Subuh, Abg Malik bagi bayan 6 sifat. 6 sifat ni adalah asas dalam kehidupan seorang muslim yang kita kena usahakan untuk ada dalam hidup kita (Kalau nak detail, jom borak). Selepas tamat bayan, kami duduk mesyuarat. Dalam mesyuarat kami, Alhamdulillah dalam 3 orang tempatan duduk bersama kami, sama-sama berikan laporan tempatan dan fikirkan bagaimana amalan agama dapat disebarkan kepada seluruh penduduk tempatan. Selesai bermesyuarat, semua digalakkan untuk habiskan zikir pagi (100 istighfar, 100 selawat ke atas nabi, 100 subhanallah walhamdulillah walaa ilaa ha illallahuwallaahu akbar).
Alhamdulillah di akhir aktiviti, seperti kebiasaan nabi meminta laporan daripada jemaah yang keluar, itu juga yang kami lakukan. Beberapa pelajar sekolah menengah yang bersama sama kami pun memberika respon positif. Tahu kepentingan beragama dan berazam untuk keluar lagi dan lagi memandangkan kerja dakwah ialah kerja semua orang yang mengucapkan laa ilaa ha illallaah.

Pelajar tu sekarang akan menjadi orang yang akan teruskan usaha agam di taman fadason kelak insya allah. Semua kena doakan mereka. jangan dicaci kelemahan mereka.

Ps : Post tak berapa baik rentetan ketidak celaruan sebelum dapat anak. Alhamdulillah allah kurniakan seorang cahaya mata yang bakal menjadi tentera khusus imam mahdi al muntadhar.









Sunday 9 December 2012

[Dalil] - Penetapan / Had Hari Keluar di Jalan Allah


Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah

Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya.Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.
Sahabat keluar 5 tahun

 Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah) (dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara', )
 Sahabat keluar 6 bulan

 Bara’ Radiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah mengutus Khalid ibne-Walid Radiyallahu 'anhu kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sana selama 6 bulan. Khalid radiyalaahu anhu selalu mengajak mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya.

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengutus 'Ali ibne-Abi Talib Radiyallahu 'anhu ke sana dan memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk Yaman, maka mereka keluar dan dan dating kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur shaf mereka untuk mengerjakan solah dan Ali yang menjadi imam dalam solah kami.

Selesai solah, Ali r.a membacakan isi surat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka. Setelah mendengar isi surat Rasulullah sallalaahu alayhi wasalam itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam. Kemudian Ali r.a. menulis surat kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang isinya memberitahukan tentang ke-Islaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah Swt. Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan. Keselamatan bagi Bani Hamadan. (Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah) (Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh,)
 Keluar 4 bulan

Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:
Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya, Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya"
Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”

 Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.” (Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).

Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:
 "Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya Aku tidak boleh tidur kerana tida yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu
 Kemudian Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.”
(Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29)
[seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]

Keluar 40 hari

"Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?
(Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah)

Keluar 3 hari

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah memanggil Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jama'ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya: Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu.
(Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah)

Tuesday 27 November 2012

Relevankah Sunnah di Zaman Ini?

Post ini adalah diKopiPes (Bahasa Inggerisasi, 2024) dari laman web rakan pena , AsyrafAzmin.com yang tajuk asalnya ialah "Sunnah, releven?". Saya amat suka dengan penyampaian dalam bentuk selain daripada direct message kepada sketsa, ataupun kejadian yang benar-benar berlaku. Teruskan bacaan anda untuk artikel penuh.



[Gambar] - Keindahan Alam di Bukit Tinggi, Pahang


Alhamdulillah 26 November 2012 hari tu ulang tahun perkahwinan saya dengan isteri tersayang, Nur Hidayah aka Puan Yayang. Kesempatan yang ada kami luangkan masa bersama di Bukit Tinggi Pahang. Berbekalkan kamera digital murah, gambar-gambar di bawah ialah untuk santapan umum keke~

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih jelas. 

Terima kasih~

Tuesday 20 November 2012

[Ringkas] - Ruang "Follower" dibuka



Setelah beberapa lama saya tak mahu ada ruang "Follower", akhirnya saya buka juga. Ini adalah bertujuan supaya orang dapat mengambil maklumat daripada blog ini dengan lebih pantas berbanding daripada masuk ke blog ini secara manual. Tujuan saya tidak mahu follower sebelum ini adalah untuk menjaga hati saya, supaya menulis bukan untuk di"follow"kan. Dan dalam dunia blogging, sudah menjadi trend iaitu dengan "u follow i, i follow u", dan saya mudah terikut. Hari ini adalah hari yang saya buat keputusan, Insya allah saya mampu untuk buat post tanpa mengharapkan followers.

Terima kasih.

Surat Kepada Ust Ridhwan Tee

Ini adalah surat saya kepada Ust Ridhwan Tee. Surat ini ditulis, adalah bagi memberi sokongan terhadap kerja agama yang dijalankan oleh Ust Ridhwan Tee di samping membakar semangat untuk teruskan kerja dakwah yang dilakukan. Ianya ditulis rentetan dari video ini yang menyedihkan hati saya. Kemerosotan akhlak dalam Pemimpin dan Ulama', kini menjadi pemangkin kepada kehancuran sebuah negara / kaum. Sila teruskan bacaan.

Wednesday 17 October 2012

[Ringkas] - Pesanan Kepada Semua


Assalamualaikum. Kepada rakan-rakan yang disayangi, pakcik-pakcik yang dihormati, Alim ulama' yang dimuliakan. Dalam kita tak setuju dengan satu puak yang lain dalam memerintah negara, jangan sampai kita jualkan agama untuk jadi modal kita mendapatkan pengaruh. Tak dinafikan memang satu puak itu, tak patut berkata macam tu (tak layak guna kad siswa) adalah satu kejahilan dan satu perpecahan. Seolah-olah harta tersebut milik mereka. Walhal sepenuhnya milik rakyat.

Akhil kiram. Sesungguhnya syurga itu bukan orang mu'min yang beli dari Allah, tapi Allah yang beli diri seseorang mu'min itu harta dia dan diri dia dengan harga syurga. Transaksi dah pun berlaku, dah sah dah syurga itu digunakan oleh Allah sebagai modal untuk beli diri kita dan harta kita. Cuma sebanyak mana yang kita nak jualkan kepada Allah diri kita dan harta kita, sebanyak tu lah Allah beli kita dengan nikmat syurga.

 إِنَّ ٱللَّهَ ٱشۡتَرَىٰ مِنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَنفُسَهُمۡ وَأَمۡوَٲلَهُم بِأَنَّ لَهُمُ ٱلۡجَنَّةَ‌ۚ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ فَيَقۡتُلُونَ وَيُقۡتَلُونَ‌ۖ وَعۡدًا عَلَيۡهِ حَقًّ۬ا فِى ٱلتَّوۡرَٮٰةِ وَٱلۡإِنجِيلِ وَٱلۡقُرۡءَانِ‌ۚ وَمَنۡ أَوۡفَىٰ بِعَهۡدِهِۦ مِنَ ٱللَّهِ‌ۚ فَٱسۡتَبۡشِرُواْ بِبَيۡعِكُمُ ٱلَّذِى بَايَعۡتُم بِهِۦ‌ۚ وَذَٲلِكَ هُوَ ٱلۡفَوۡزُ ٱلۡعَظِيمُ 
Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh. (Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah? Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual belinya itu dan (ketahuilah bahawa) jual beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar. 

wallaahua'alam.

PS : mohon si penulis di FB tersebut bangun bertaubat, lantaran berdoa keampunan bagi saya dan diri dia. Amiin.


Sunday 23 September 2012

Masyarakat Yang Makin Matang

Gembira :)

Tak tahu rasanya aku nak ucapkan syukur aku ke hadrat ilahi, sebab banyak perubahan yang dah berlaku dalam Malaysia ni. Perubahan yang aku maksudkan ialah beberapa perkara yang aku anggap mungkin dulu kurang sikit pengamalan atau penghayatan menyebabkan beberapa sistem terus dilakukan dengan kejahilan. Tapi dengan sedikit kematangan, dan sebenarnya ialah berita gembira daripada Allah SWT, ada beberapa perkara yang insyaallah akan jadi satu revolusi kepada ke arah kebaikan. Baru ni, terbaca dalam artikel dari Sinar Harian di

Hormati Masa Maghrib.
Pemimpin Membidas Hina Nabi Muhammad

Teruskan bacaan untuk lebih lanjut

Thursday 20 September 2012

Laman Baru - Seni Islam

Alhamdulillah, dapat buat satu laman baru "Seni Islam". Di sini saya cuba untuk letak ayat-ayat quran dan khat yang saya hasilkan sendiri dengan izin Allah. Boleh lah semak di pautan ini. Rasanya tak perlu untuk pertikaikan bacaan Al Quran saya sebab sememangnya dah diketahui saya memang biasa dengan kesilapan dalam bacaan Quran saya. Asal sebenar bacaan Quran yang saya bacakan ialah, untuk diberikan kepada isteri tercinta Nur Hidayah bt Muhd Nur dengar, yang mana bila seorang ibu dengar bacaan Al Quran, anak saya pun akan terima kesan yang sama dari ibu dia. Kalau dapat biasakan anak dengan Al Quran semenjak dari dalam perut lagi, Insya Allah tak ada halangan untuk anak dalam kandungan tu jadi orang yang akan gegarkan dunia dengan keimanannya.

Tuesday 18 September 2012

Amal Yang Menjauhkan Dari Allah

Baru ni, aku dihantui perasaan makin jauh dengan Allah. Dalam masa yang sama, pada pendapat aku macam amal aku dah bertambah. Kalau dulu aku tak dapat nak bangun sembahyang subuh, sekarang Alhamdulillah berkat doa kawan-kawan dan ketabahan isteri dalam mengejut, bertambah la jugak dalam seminggu ade la lebih sikit daripada dulu 0. Tapi aku tak tahu kenapa makin hari makin pelik, rasa macam makin jauh ... makin jauh ... dan makin jauh.

Monday 17 September 2012

Jubah, Serban, Purdah : Satu tuntutan

Post ini diambil dari facebook, hasil perkongsian dari Ustaz Ibn Batoota.
Sila rujuk di pautan ini untuk rujukan. 

Terima kasih Ust, sanggup berkongsi.

Persoalan:

1) " Jubah,serban tu semua bukan sunnah nabi,jubah tu budaya orang arab...!kalau nabi diturunkan kat china atau india tentu pakaian diorang nabi pakai...! "

2) " yang sunnah tu cara pakai,bukannya apa yang dipakai,kalau semua nak ikut nabi,pegila naik unte... "

3) " pompuan arab pakai purdah tu sebab kat arab takut pasir kena muka..! "

Sunday 9 September 2012

Penjajahan bahasa rosakkan bangsa

Artikel ini diambil dari laman web Berita Harian untuk tujuan nota diri sendiri. Kerana khuatir alamat akan berubah pada masa hadapan kelak, saya masukkan dalam blog saya. Segala kredit telah saya rangkumkan dalam entri kali ini.


Tuesday 4 September 2012

[Safar Dakwah] - Pengislaman pak cik Ghanni

Pantun 2 Rangkap

Orangnya gelap, berbangsa India,
Sembahyangnya kekal, tahajjudnya dipelihara,


Sentiasa berserban, pakaian sunnah,
Moga Allah matikan dia di jalan Allah.


Monday 23 April 2012

[Safar Dakwah] Bebanan di Akhirat

 

Berat, tapi aku memang perlukannya. Dalam beg pengembara aku ada beberapa helai baju,seluar dan kain pelikat. Termasuk juga 2 helai serban dan barang-barang keperluan harian, sabun basuh baju,sabun mandi, ketip kuku dan buku-buku. Berjalan ke hulu ke hilir setiap tiga hari berpindah ke marhallah lain untuk tunaikan hak-hak sesama muslim dan sebarkan amalan agama. Amalan agama apa? amalan yang berkaitan dengan masjid. Institusi masjid yang patut dihidupkan dan menjadikan masjid-masjid atau musolla di seluruh dunia cawangan kepada Masjid Nabawi. Beg aku memang besar. Lebih kurang 13-14 kg yang aku pikul. Nak ku tinggalkan, keperluan aku.Tanpanya, memang agak sukar safarku. Lantas ku teruskan memikul. Ku tinggalkan sebahagian yang tak perlu, dan bawa sebahagian yang perlu sehinggalah berkurang beberapa gram sahaja. Nanti, apabila aku berada di Malaysia, di situlah aku nak punyai berbagai kemewahan atau kemudahan dunia yang aku idamkan.

Dalam perjalanan ini lah (semasa di Bangladesh), dibukakan Allah,satu tamsil (perumpamaan) untukku bahawa apa yang aku pikulkan, itulah bebanan untukku di dunia ini lagi apatah di akhirat. Apa yang aku pikulkan itu memang betul ialah apa keperluanku. Tindakan aku betul sebab aku tinggalkan beberapa barang yang aku rasa ialah kemewahan untukku dalam safar ini. Lalu yang ku pikul hanyalah sebahagian yang aku benar-benar perlu seperti pakaian-pakaianku.

Kehidupan kita di dunia ini, ada beberapa yang kita perlu. Contohnya :

  • Pakaian
  • Makanan
  • Minuman
  • Tempat tinggal
  • Pasangan, dll

dan selain itu beberapa perkara yang hanya sekadar kemewahan. Contohnya :

  • Televisyen
  • Komputer
  • iPhone
  • Atop ngan Cici (hamster aku)

Kat sini kita dapat nilai, yang perkara kemewahan ini hanya akan menjadi beban untuk kita. Kenapa? sebab kita akan dipersoalkan ke atas semuanya sekali termasuk keperluan asas kita. Pakaian, makanan, tempat tinggal, dan pasangan akan ditanya oleh Allah bagaimana kita mendapatkannya dan bagaimana kita menggunakannya. Ini perkara asas, yang mana secara adatnya memang kita berhajat kepada perkara ini. Dalam soal jawab ini pun, dah tercungap-cungap kita nak jawab. Tambah lagi beban atas kita, kemewahan yang telah pun diharuskan oleh Allah untuk kita milikinya dan kita telah pun kejarkannya di dunia ni dengan rakusnya.

Balik kepada tamsil safarku tadi,

“Perjalanan membawa barang-barang keperluan”

umpama aku berjalan di muka bumi ni, dengan barang keperluan untuk hidup di dunia sekadar yang aku perlukan sahaja.

“meninggalkan barang-barang kemewahan untuk memudahkan perjalanan”

umpama aku meninggalkan kemewahan supaya memudahkan daku dalam perjalanan menuju ke akhirat kerana barang-barang tersebut hanya akan menjadi beban untukku dalam menuju kepada Allah.

“Dan apabila aku berada di Malaysia nanti, di situlah aku nak mempunyai berbagai kemewahan atau kemudahan dunia yang aku idamkan”

Di syurga nanti lah, akan ku dapat kemewahan yang aku idamkan. Bangladesh bukan tempat untuk aku mencari keuntungan di dunia, tetapi di Malaysia nanti adalah untuk aku mengecap nikmat yang aku idamkan.

“Jom berhabis duit untuk ini, untuk itu. Eh, tak cukup ni. Kete saga flx se mana cukup, kena tambah kete lain ni”

seumpama

“Jom tambahkan soalan Allah atas harta kita. Eh, soalan 50 ribu tahun mana cukup, kena tambah lagi 60 ribu tahun ni”

Sebagai manusia, memang kita ada banyak keinginan. Tapi, keinginan Allah atas harta kita ialah untuk dibelanjakan di jalan Allah. Oleh itu, jom lah sama-sama kita gunakan harta kita untuk jalan Allah.

Gaji sebulan RM 2500, gunakan sebahagian mungkin RM 150 untuk mengajak orang kepada Allah. Tak banyak pun, sebahagian aje. Dan yang paling penting, sebulan kita punyai 30 hari, gunakan 1/10 daripada sebulan untuk berada di jalan Allah. sebab Allah minta umat Islam untuk infakkan harta, dan diri (masa kita) dengan lafaz “waw” yaitu “dan”. Bila guna “dan”, bermaksud Allah hendak kita untuk korbankan kedua-dua sekali yang kita sayangi.

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَـٰهَدُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِہِمۡ أَعۡظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَآٮِٕزُونَ

Ertinya : “(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.” – Surah AtTaubah : 20

Tuesday 10 April 2012

[Laporan] Bayan Maulana Tariq Jameel di Malaysia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Yang mana dengan kurniaan taufiq dan hidayah dari Allah SWT, aku dapat hadirkan diri ke majlis berpesan-pesan atas agama Allah. Ceramah yang disampaikan oleh Maulana Tariq Jameel dari Pakistan dihadiri beribu-ribu orang. Hadirku ke Masjid Sri Petaling , 31/3/2012 , bersama dua orang iparku, hussaini (abang ipar) dan hilmi (adik ipar). Suasana memang berbeza. Ramai orang yang hadir Alhamdulillah. Walaupun kedatangannya tiada kain rentang, tiada notis-notis dari TV atau mana-mana majalah dan surat khabar di Malaysia, namun tetap dipenuhi oleh manusia yang tidak kira apa bangsanya asalkan ialah Islam.
Oleh itu, saya catitkan beberapa perkara penting dalam bayan Maulana. Banyak lagi isi-isi yang tak dapat saya catit kerana kelemahan saya yang jelas :
  • Bayan Maulana dimulakan dengan membesar-besarkan Allah, sepertimana yang telah dilakukan Allah SWT sendiri dalam kitabNya yang mulia. Banyak ayat-ayat kebesaran Allah diceritakan oleh Maulana sehingga tertusuk ke dalam hati ini “Wahai Allah, kamulah rabb ku. Kamulah tuhan yang menciptakan alam. Tidak syak lagi kamulah yang layak disembah. Tiada tuhan selain dari kamu”
  • Antara ayat yang menjadi perhatianku ialah ayat ini

    قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيۡڪُمُ ٱلنَّہَارَ سَرۡمَدًا إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ مَنۡ إِلَـٰهٌ غَيۡرُ ٱللَّهِ يَأۡتِيڪُم بِلَيۡلٍ۬ تَسۡكُنُونَ فِيهِ‌ۖ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ

    maksud : katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)? – surah qashsash : 71

    Macam mana tu? macam mana kalau Allah jadikan siang selamanya? besar nikmat siang tu perlu kita syukuri. Begitu juga dengan malam (ayat sebelum ayat ni), macam mana kiranya Allah jadikan malam selamanya?
  • Point paling besar semasa aku di sini ialah : “Untuk mengetahui Allah, adalah kewajipan terbesar bagi kita
  • Dalam segala kebesaran Allah, penciptaannya semua dapat disimpulkan sebagai


    ذَٲلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ
    .
    maksud : itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui – surah yaasin : 38
  • Jadi, carilah Allah (Fafirruu ilallah). Kejarlah Allah, jangan kejar duit. Kerana Allah segalanya. “Kamu dapat aku, kamu dapat segalanya” (mafhum hadis nabi lebih kurang).
  • Untuk dapatkan Allah, tidak lain dan tidak bukan hanyalah dengan kalimah
    لا إله إلا الله محمد رسول الله

  • Maulana mula pula memuji Nabi Muhammad SAW. Untuk Nabi Ibrahim AS, Allah jadikan dia kekasih allah (khaliilullah), Nabi Musa AS berkata-kata dengan Allah (kaliimullah), cairkan besi di tangan Daud AS dan tundukkan angin kepada Sulaiman AS. Untuk nabi Muhammad SAW, Allah letak beliau bersama-sama dalam kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله
  • Sumpah Allah tertinggi (bagi beliau) ialah “فَلَا وَرَبِّكَ” Maksud : “Maka demi tuhanmu” yang mana ‘mu’ di sini merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Allah bersamakan namanya dengan Nabi Muhammad SAW. (subhanallah) Cintanya Allah kepada hambanya yang bernama Muhammad :’(
  • Doa Musa AS yang terkenal “رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِى صَدۡرِى” sehingga akhir, Musa AS meminta dari allah untuk dilapangkan dada, tetapi untuk Muhammad, Allah sendiri bertanya kepada beliau “أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ” Maksud : “Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?”. Telahpun Allah lapangkan dada Muhammad SAW.
  • Ayat Allah

    إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

    Maksud : “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” - Surah Al Ahzab :56

    Maulana beritahu, kalaulah seorang tu tafsir “Allah dan malaikat sedang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW” sahaja, belum cukup lagi tafsirannya (tak lengkap). Allah dan malaikatnya berselawat ke atas Muhammad SAW sekarang dan terus menerus sehingga ke hari kiamat.

    Catitan penulis : bayangkan ayat yang sekarang dibaca pun menyatakan bahawa Allah dan MalaikatNya sedang berselawat ke atas nabi, orang dulu pun baca sedemikian, orang selepas kita pun baca sedemikian. Jadi, dari dulu sehingga ke hari kiamat pun memang Allah dan MalaikatNya sentiasa berselawat ke atas Muhammad SAW terus menerus. Subhanallah.
  • Dalam ucapan beliau satu demi satu nama Allah beliau sebutkan kepada kami supaya dapat kami dengarkan siapakah dia Allah yang kami sembah.
  • Dalam ucapan beliau juga, beliau beritahu kepada kami bahawa nasab keturunan Nabi SAW sebenarnya adalah paling mulia antara orang di kalangan orang arab pada masa tersebut. Tidak cukup dengan itu, Maulana juga sebut nasab Nabi SAW dari Nabi SAW sehingga kepada Nabi Adam.

    Catitan Penulis : Betapa beliau seorang yang sangat-sangat rapat dengan Baginda SAW. Dan orang ini ialah contoh ikutan aku. Moga kamu pun jadikan dia sebagai contoh ikutan di akhir zaman ini.
  • Sebagai penutup, beliau memberitahu bahawa ulasan daripada agama kita, terdapat dua hak yang paling penting
    • huquuqullaah – hak hak Allah. Segala Ibadah yang Allah perintahkan kita untuk kita lakukan. Ibadah adalah seumpama bahan asas kepada rumah. Tanpa tiang dan dinding, rumah tak dapat didirikan.
    • huquuqul ‘Ibaad – Hak hak sesama hamba. Ikram muslimin. Jadi, perbaikilah akhlaq kita. Akhlaq adalah umpama bumbung kepada rumah.

      Dalam syarahan ini, beliau suruh kami untuk
      • Berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita
      • Maafkan orang yang menzalimi kita. Ini yang kami saling pandang satu sama lain. Macam mana akhlak nabi ni nak masuk dalam kami. Jadi, aku nak pembaca semua bersaksi bahawa aku dah ampunkan dah semua dosa orang yang menindas hak-hak aku secara langsung dan tak langsung.
      Beliau juga beritahu kami bahawa hakikat akhlaq, nabi telah ajarkan kepada Muadz bin Jabal. Jadi, apa yang maulana suruh kami buat ialah lihat pada beliau. Kami pun terjenguk-jenguk melihat apa yang dilakukan oleh beliau. Lalu beliau pun tunjukkan lidah beliau dengan jari beliau kepada pendengar di kanan ,kiri, atas masjid kanan, dan atas masjid kiri. Nabi pernah berbuat demikian kepada Muadz RA bahawa sekiranya Muadz RA dapat menjaga lisan, maka beliau telahpun pelihara akhlaq dan agama beliau. Catitan penulis – memang tersentak bila maulana buat macam tu. Melakonkan semula perlakuan yang pernah dilakukan oleh Baginda SAW yang mulia. Kita perlu bersaudara, kenal satu sama lain. Apabila bertambah kenalan kita, maka bertambah lagi tanggungjawab kita.
  • Kita perlu untuk bertaubat kepada Allah SWT sebab kita banyak sangat dosa. Tapi kita kena tahu bahawa sebesar mana dosa kita, sebesar gunung, atau 7 petala langit, besar lagi rahmat pengampunan Allah. Lalu beliau minta kami yang berbahasa Melayu untuk zahirkan taubat kepada Allah. Mutarjim (penterjemah) sebut “wahai Allah” , kami pun sambut “wahai Allah”, Mutarjim sambung “Kami banyak melakukan dosa kepada mu, ampunkanlah kami”, kami pun sambut “Kami banyak melakukan dosa kepada mu, ampunkanlah kami”. “Terimalah taubat kami” , lalu kami pun sambut “terimalah taubat kami”. Juga, perbuatan ini dilakukan oleh mereka yang berbahasa Urdu.

    “Wahai Allah, terimalah taubatku” :”(
Penutup kepada majlis selepas orang berikan nama untuk keluar di jalan Allah, beliau berdoa. Dalam tangisan itulah, doa kepada umat. Doa moga umat dibantu, dan diberi hidayat.
Terdapat perbezaan yang ketara di sini. Penyampaian Maulana penuh dengan fikir risau, jauh dari ketawa dan alpa. Penuh dengan perasaan cinta kepada Allah dan Rasul, jauh daripada cinta dunia. Penuh dengan memuji kemuliaan nabi, jauh dari caci mencaci sesama saudara Islam. Beliau tidak meminta-minta kewangan daripada yang hadir, bahkan meminta diri orang yang hadir untuk sediakan diri untuk berada di jalan Allah.

Wednesday 28 March 2012

[Laporan] Bayan Markas (17 March 2012)

 

Kecintaan terhadap dunia dah membuak-buak dalam hati ni, menyebabkan aku terlambat 20 minit daripada masa berlangsungnya bayan di Masjid Sri Petaling. Jadi, input yang aku dapat tak berapa banyak. Doakan aku dapat taufiq dan hidayah dari Allah SWT supaya lepas ni aku dapat datang awal bermula dari selepas Asar lagi.

wa maa arsalnaa ka illaa rahmatan lil ‘alamin

Rahmat Nabi Muhammad SAW meliputi dua perkara.

  1. Jasad / fizikal Nabi sendiri – Jasad nabi sendiri di sisi Allah adalah mulia. Perbuatan yang datang daripada tubuh anggota beliau, Allah suka.Perkataan dari mulut beliau, Allah suka. Tapi, Kalaulah jasad nabi sahaja yang menjadi rahmat kepada sekalian alam, jasad nabi dah dikuburkan pun di Madinah. Kat mana rahmat yang Allah maksudkan rahmat seluruh alam tu? itulah rahmat yang kedua berserta dengan penghantaran Nabi ke dunia ni ialah : -
  2. Agama berserta kerja agama

Pecahan rahmat terbahagi kepada 4 bahagian yang diperolehi sahabat

  1. Hifazah (penjagaan)
  2. Saa’idah (kegembiraan)
  3. Sakinah (ketenangan)
  4. Barakah (berkat)

Lepas daripada bayan, macam biasa lah, tasykil. Tapi agak luar biasa sebab yang tasykil ialah seorang maulana. Pelbagai kisah yang diberi supaya orang yang mendengar dapat bangun dan bagi nama. Tasykil kali ini agak luar biasa sebab maulana terlalu bersungguh dalam menjemput orang semua untuk keluar di jalan Allah.

Ada 3 sahabat yang dipulau sebab tak pergi jihad, siapa nak jadi 3 orang ni?”, tak ada sesiapa pun yang angkat tangan. “Siapa nak jadi yang semua pergi berjihad?”, semua orang angkat tangan. “Jadi bangun tuan-tuan. Yang angkat tangan semua bangun, bagi nama tuan untuk keluar di jalan Allah”.

Tuesday 6 March 2012

[Fikrah]Bahasa yang Ternoda : Bahasa Inggerisasi

Tak dinafikan, memang bahasa kita miskin dengan kata akar. Contoh bahasa Inggeris lebih kaya daripada bahasa Melayu ialah “Select”, “Option” dan “Choice”. Masing-masing hampir sama, tetapi hakikatnya berbeza. Penggunaan “Select” lebih kepada perbuatan memilih manakala “Option” adalah untuk pilihan yang ada. Manakala choice pula sesuai digunakan untuk dua-dua perbuatan dan benda / item yang dipilih. Contoh : “What choice do we have?” dan “make your choice Jack” ataupun “We don’t have any choice!” (Semua ni ayat yang biasa aku dengar dalam cerita 24 hahaha). Nampak kan dalam pilihan, ada macam-macam lagi bentuk pilihan. Sama ada dalam bentuk perbuatan ataupun item pilihan. Kalau nak diikutkan, perkataan “item” pun kita terpaksa sambar dari bahasa Inggeris. Ini berlaku sebab aku pun tak tahu macam mana nak terangkan “Item” dalam bahasa Melayu. ada pun macam yang tertera di bawah ni
image_thumb
Tapi semuanya tak bermaksud macam mana yang aku maksudkan kecuali perkataan “item” sendiri. Kalau nak guna “perkara”, perkara ni dah digunapakai dalam maksud yang lain. Perkara lebih kepada “Thing” (betulkan aku kalau aku salah). Butiran? Bukan ke butiran tu “Detail”?.Barangan lagi la tak sesuai. Barang? ni bukannya barang yang aku nak maksudkan. Jadi memang tak dapat perkataan khusus untuk “Item” kan?
Selepas daripada kelemahan bahasa kita sendiri, maka timbullah lambakan bahasa InggeringSia. Antaranya ialah dibawah
Grup” “implementasi” “justifikasi” “diskusi” “Sopistikated” “modifikasi” “merepektasi” “jengkeltasi” “Gila ah-ding-dongtasi

aiyooo…. apa punya bahasa la. mudah-mudah aje nak ubah bahasa inggeris ke bahasa malaysia.
Bukannya menentang semua penggunaan bahasa inggeris yang dimelayukan, sesetengahnya memang penting. Contoh, bahasa Sains “simulation”. Ada tak dalam bahasa Malaysia yang melambangkan / menzahirkan “simulation”?. (aku dah pikir, memang takde. Tapi kalau ade, sharekan dalam ruangan komeng-mengkomeng"). aku pun boleh terima sebab memang orang melayu bukan memulakan situasi simulasi tu. Datang dalam istilah Sains, sebab perlakuan tu antara perkara asas Sains. Antara contoh lagi bahasa Sains yang diMalaysiasasikan ialah dari “Condensation” kepada “Kondensasi”. Kita memang perlukan pun kata akar tuh sebab kita tak ada perkataan khusus untuk proses Kondensasi.
Menggunakan perkataan bahasa inggeris dalam percakapan, siapa kisah? aku pun tak kisah. Tapi yang masalahnya, menjadikan perkataan tu rasmi. Sampaikan perkataan yang sememangnya ada dalam bahasa Malaysia pun dirasakan tak cukup untuk perkataan tu. Cuba tengok –
grup : kumpulan
implementasi : perlaksanaan
justifikasi : kewajaran
diskusi : perbincangan
modifikasi : pengubahsuaian
Aku terpanggil untuk menulis post macam ni untuk menyatakan, aku bukan orang Melayu / Malaysia yang tak intelek (atau bahasa kesatnya BODOH) dan tak bermaruah. Aku bermaruah. Aku miliki bahasa yang satu masa jadi bahasa Lingua Franca. Orang datang berdagang di Tanah Melayu perlu bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam perdagangan. Tak kisah dari Eropah, dari tanah arab dan seluruh pelusuk dunia yang datang berdagang di Tanah Melayu akan bertutur dengan bahasa Melayu. Tak rasa bangga ke dengar bukan-orang-Malaysia cakap bahasa Melayu? dah tengok video ni?

http://www.youtube.com/watch?v=q3_6lyYDMiE
[ tak dapat nak embedd sebab ada masalah internet connection]

Persoalannya, siapa kita nak tuding jari?
permainan tuding menuding ni memang orang kita suka. Sebab masing-masing boleh lepaskan diri masing2. Ha, dah pucat la tu hehe. Macam lagu “Bangau oh bangau”, semua salahkan satu sama lain. Yang mana yang terakhir sekali,
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku.
dipetik dari laman web “Lirik Lagu Melayu” melalui pakcik google.
Jawapan ular tu lah paling betul. Buat apa dah nak salah-salahkan orang lain. Dah memang tu makanan dia, dia makan la. Jadi, kerja merasmikan perkataan-perkataan dalam kamus dewan ni siapa? Dewan Bahasa dan Pustaka lah. Itu bidang mereka. Kalau programmer, kerja dia kena buat programming. Kalau doktor, kerja dia memang kena ubatkan orang. Kalau kerja masukkan perkataan baru, takkan programmer macam aku? Jadi, aku sarankan kepada mereka yang bekerja di Dewan Bahasa, tolonglah ambil serius perkara seperti ni. Untuk keluarkan perkataan baru, kamu diberi kuasa sepenuhnya untuk berbuat demikian. Kalau hari ni, katalah Dewan Bahasa nak keluarkan perkataan “Meso” (cara sebutan ‘May’ ‘So’) yang bermakna “Item” dalam bahasa Inggeris, buatlah demikian. Masyarakat hari ni akan perlekehkan perbuatan kamu, tapi generasi 10 tahun akan datang akan merasakan lali dengan perkataan tersebut dan akan dinobatkan sebagai kata akar asal dari bahasa Melayu.
Kenapa Dewan Bahasa dan Pustaka lemah? (bagi aku)
Kamus online pun tak buat. Noob. Tau nak ambil untung dari jualan naskhah kamus dewan la tuh. Ade juga jumpa beberapa kamus online, tapi semuanya tak rasmi dari pihak DBP. DBP miskin sangat ke nak beli software dari diorang yang buat aplikasi dalam talian seperti mykamus.my dan kamus.lamanmini.com. Gambar di bawah ialah tembakan skrin (hahaha direct translate) dari laman web DBP, tapi ni persuratan. Tapi aku memang tak jumpa kamus online derang. Kalau korang jumpa beritahulah aku.
image_thumb8
Ha, ni daripada DBP sendiri.
image_thumb9
Saya harap, pembaca dapat kongsikan link ini di dalam mana-mana laman sosial. Saya tak perlukan duit atau apa-apa ganjaran. Apa yang saya perlukan ialah tersebarnya pemikiran ini.
Sekian, Terima Kasih kerana ‘syer’kan artikel ini. (aku memang pernah jumpa perkataan ‘syer’ haha dumb me…)

ps : aku tak mintak untuk korang kata aku betul. Tapi aku nak perbincangan dalam bentuk ilmiah, supaya kita sama-sama dapat ambil iktibar daripada kelalaian kita. Santai-santai je.

Saturday 3 March 2012

[Peribadi] Kawaanun Qaribbbbbbbb~

berkawannye tak lama, setahun pun tak sampai. mula dari Mei tahun lepas (2011), sehingga la Mac hari ni(2012). Mula-mula masuk dalam opis, “alamak… ada budak usrah. mampus aku kena ceramah kang” (aku cakap macam tu dalam hati bukan sebab diskriminasi terhadap usrah, tapi sebab buruk amal aku hehe). Aku bukanlah seorang yang selesa untuk jelaskan pendapat aku kepada sesiapa saja sebab aku tak suka kalau orang tak hormat pendapat aku,sedangkan aku senang untuk hormat pendapat orang. Sebab pendapat masing-masing, masing-masing punya pandangan dan kita perlu sangat untuk hormat kepada pendapat orang. Kalau kita tak hormat pada pendapat orang, macam bodoh sombong lah kita jadinya. Macam kita ni betul aje dalam semua perkara. Sampai satu masa, tiba-tiba mamat usrah ni tanya kat aku “apa pendapat ‘abang’ pasal sekian sekian?”. Aku pun layankan je la. Dalam mase aku ceramah budak usrah ni, dia banyak mengiakan apa yang aku kate. Memang aku selesa untuk bertukar pendapat dengan orang macam mamat usrah ni.
Tak sampai sebulan aku bekerja di TM, dia ajak aku tinggal sekali kat rumah dia di Sg Besi. Aku pun, memang teringin nak hidup berjauhan sikit dengan family sebab nak belajar berdikari. Aku pun buat keputusan untuk  menetap di sana. duduklah sana sekian lama. Mereka-mereka yang di rumah sana pun bagus-bagus orangnya, (petah, faruf, nasir, malay jack etc). Semua bertoleransi dengan baik, kebersihan terjaga, hormat hak orang lain. Memang selesa aku kat sana.
Sepanjang di sana, banyak yang aku belajar. Terutamanya dari budak usrah ni. Banyak kali aku tengok dia tolong orang. Tolong orang memang macam ikramnya sahabat nabi kepada sahabat yang lain. Sampai satu masa tu, siap bawakkan beg kawan yang datang dari Pahang. Beg …. beg besar… beg orang nak gi haji tuh, naik hopis. Boleh bayangkan tak? kalau aku, memang aku tak sanggup. Bukan kat opis je, pastu bawak balik umah. Masa kawan dia nak balik dari Sg Besi ke mana entah, dia bawak lagi beg tu. Kali ni kat tempat kitorang training Sharepoint Advance pulak di Jalan Semarak. Memang aku tak mampu buat apa yang mamat usrah ni buat. Tinggi betul sifat ikramnya.
Itu tolong kawan lain, yang tuan punya badan ni… masyaa allah. Memang lagi lah banyak tolongnya. Cakap je nak mintak tolong apa, kalau tak ada apa memang insyaallah lah dia akan tolong. Mintak tolong teman amek motor baru hari tu pun dia tolong. Dari bangsar –> Kapar , Kapar –> Shah Alam, pastu dia balik sendiri dari Shah Alam –> Sg Besi. Masa awal-awal di TM, aku takdak workspace.Disebabkan dia dah dapat laptop dan ade laptop sendiri, dia bagi aku guna laptop dia Like a Boss. Baik betul.Aku pun memunya lah laptop tu. Sampailah aku aku dapat laptop aku sendiri. Pernah gak kitorang tidur kat opis sebab nak siapkan assignment boss kat dia. Aku tak buat apa-apa. Jadi PomPom boy jek. Temankan dia buat kerja. Padahal las-las tertidur aku kat sofa lembut kat opis. Kaler kuning.
Sepanjang masa sama-sama, banyak sangat kenangan. Kenangan paling ingat masa bulan ramadhan. Alhamdulillah Allah kurniakan aku kawan macam dia. Kami sepanjang ramadhan memang terlalu sibuk. Dan Alhamdulillah sibuk kami bertempat. kami sibuk dalam mencari fadhilat ramadhan. Hidup kami memang banyak fokus kepada ibadat kerana kami rasa kehadiran ramadhan dalam setahun bukanlah sia-sia. Perlu dikejar kebaikannya. Jadual ramadhan kami seperti yang saya post sebelum ini. Habis kerja, singgah ke masjid Sg Besi, tadarus Quran dan berbuka puasa. Selesai, balik ke rumah buat persiapan untuk tarawikh. Memandangkan orang di KL dan Selangor dan ustaz-ustaz banyak menolak untuk mengkhatamkan Al-Quran dalam solat tarawikh, yang mana bahkan tersebut dalam ceramah-ceramah mereka yang sembahyang terawikh perlu rehat-rehat sahaja, yang penting belajar ilmu, belajar ilmu fardhu ain, tarawikh fardhu kifayah sahaja, kami pun ambil inisiatif sendiri untuk mencari masjid yang berusaha untuk mengkhatamkan AlQuran dalam tarawikh mereka dan kami jumpai masjid Sri Petaling berbuat demikian. Jadi kami bersiap untuk ke sana untuk berterawikh dan iktikaf sehingga pagi. Dalam lebih kurang 4.30 PG, kebiasaannya kami bangun dan selesai bersembahyang malam sedikit, dan pulang ke rumah dalam sekitar pukul 5 PG untuk persiapan sahur. Selesai solat subuh, gerak ke tempat kerja. Itu lah dia kehidupan kami sepanjang bulan Ramadhan, memang penat tapi berbaloi. Terasa puas dengan apa yang kami usahakan.
Sehinggalah satu masa, aku sedar kenyataan yang aku akan berkahwin pada masa yang ditetapkan dulu memang akan jdi kenyataan,perasaan hiba membasahi hati. Dulu, selalu makan sama-sama. Especially masa masing-masing tengah kering, hahaha makan berkira gila. Time tu lah tawajjuh tinggi, datang hupis (opis) dengan berpuasa kekeke…ayam sekor bole tahan 2 minggu. Makan berbajet gle. Tapi ade sampai satu masa tu, terpaksa makan megi je beberapa hari. Sampai loya tekak huhu~ tak sanggup I!
Pernah sekali tu, aku tak tau la apsal mamat usrah ni merajuk ngan aku. Masa tu aku dengan Sandesh, seorang developer dari India gurau-gurau. Aku cakap kat Sandesh, tau tak “OKU”? dia kata dia tak tau, aku kate la mamat usrah tu contoh OKU. Dia terus merajuuuuk … hahaha … naik motor sekali, tapi tak bertegur. Dok umah sekali, tapi tak bertegur. Aku pun wat je la dono ngan dia.Hujung minggu tu aku balik umah,senang sikit. Takde la tengok muka orang yang merajuk ngan kita. Tengok-tengok ade SMS mintak maaf. hahaha~ ka na ngan.
Pas aku kawen, ade sekali kitorang lepak kat tempat parking motor, cerita-cerita update life sekarang. Tiba masuk je cerita zaman masa bulan ramadhan , air mata aku mengalir berderai. Ah! hilang terus dah macho yang selama ni aku pegang title “Macho boy”! Cis! aku nanges! aku tak caye! kitorang tak abes cakap pun, aku trus blah. Atas motor aku menangis teresak-esak. Sampai ke rumah pun, bini tunggu aku, aku menangis-nangis agi. Ah. Benci-benci. Tapi, memang itu lah dia perkara yang paling aku sedihkan. Sekarang dah takde geng dah nak buat amal. Dulu ajak je, no hal punya lah. Nak keluar 3 hari pun i.allah sekali.
Jumaat lepas, hari terakhir dah mamat usrah ni kerja kat sini satu opis ngan aku sebab dah nak sambung belajar. Jumpa kawan-kawan nigger dia kat MMU Cyberjaya. Untuk pengetahuan korang,dia berjaya menang anugerah pelajar bestari yang mana sebab CGPA dia 3.95  dalam diploma Sains Komputer. Aku tak nak tunjuk keratan akhbar, sebab dah tengok dah setiap hari kat opis. Ade dekat meja dia hehe..lagipun tak nak bagi dia takabbur kakakaka!!! tahniah untuk ngko mamat usrah. Perjalanan masih lagi jauh. Teruskan usaha, gaji dah dapat sambil belajar. Jangan sibuk nak cari kekayaan dunia lagi, masa yang ada gunakan untuk agama. Selepas abes belajar jangan lupa peruntukan masa untuk agama. Yang bagi ko makan minum, mewah sana sini, sume dari Allah. Kalau Allah tak bagi ngko ak dapat punya nikmat sebanyak sekarang nih. Alhamdulillah Allah permudahkan untuk ngko. Ngan berkat doa ko,doakan lah untuk aku. Banyak doa ko yang Allah makbulkan, itu yang aku perasan. Mesti sebab sifat ikram ngko (insya allah). Teruskanlah ngko yang sekarang, semoga allah permudahkan segalanya untuk ngko. Aku gembira dapat berjumpa dengan orang macam ko dalam hidup aku. Walaupun tak sampai setahun (sampai masa post ni), aku rasa macam lama sangat kenal.

Wassalaamah!~

eh, tak abes agi. Mamat usrah tu ialah : Al Fadhil Ust Asyraf bin Azmin Al Hafiz Al kalantaniiiin. (cuba buat muka tutup muka guna tangan tu. Aku tak save gamba tu… hahaha)