Monday 23 April 2012

[Safar Dakwah] Bebanan di Akhirat

 

Berat, tapi aku memang perlukannya. Dalam beg pengembara aku ada beberapa helai baju,seluar dan kain pelikat. Termasuk juga 2 helai serban dan barang-barang keperluan harian, sabun basuh baju,sabun mandi, ketip kuku dan buku-buku. Berjalan ke hulu ke hilir setiap tiga hari berpindah ke marhallah lain untuk tunaikan hak-hak sesama muslim dan sebarkan amalan agama. Amalan agama apa? amalan yang berkaitan dengan masjid. Institusi masjid yang patut dihidupkan dan menjadikan masjid-masjid atau musolla di seluruh dunia cawangan kepada Masjid Nabawi. Beg aku memang besar. Lebih kurang 13-14 kg yang aku pikul. Nak ku tinggalkan, keperluan aku.Tanpanya, memang agak sukar safarku. Lantas ku teruskan memikul. Ku tinggalkan sebahagian yang tak perlu, dan bawa sebahagian yang perlu sehinggalah berkurang beberapa gram sahaja. Nanti, apabila aku berada di Malaysia, di situlah aku nak punyai berbagai kemewahan atau kemudahan dunia yang aku idamkan.

Dalam perjalanan ini lah (semasa di Bangladesh), dibukakan Allah,satu tamsil (perumpamaan) untukku bahawa apa yang aku pikulkan, itulah bebanan untukku di dunia ini lagi apatah di akhirat. Apa yang aku pikulkan itu memang betul ialah apa keperluanku. Tindakan aku betul sebab aku tinggalkan beberapa barang yang aku rasa ialah kemewahan untukku dalam safar ini. Lalu yang ku pikul hanyalah sebahagian yang aku benar-benar perlu seperti pakaian-pakaianku.

Kehidupan kita di dunia ini, ada beberapa yang kita perlu. Contohnya :

  • Pakaian
  • Makanan
  • Minuman
  • Tempat tinggal
  • Pasangan, dll

dan selain itu beberapa perkara yang hanya sekadar kemewahan. Contohnya :

  • Televisyen
  • Komputer
  • iPhone
  • Atop ngan Cici (hamster aku)

Kat sini kita dapat nilai, yang perkara kemewahan ini hanya akan menjadi beban untuk kita. Kenapa? sebab kita akan dipersoalkan ke atas semuanya sekali termasuk keperluan asas kita. Pakaian, makanan, tempat tinggal, dan pasangan akan ditanya oleh Allah bagaimana kita mendapatkannya dan bagaimana kita menggunakannya. Ini perkara asas, yang mana secara adatnya memang kita berhajat kepada perkara ini. Dalam soal jawab ini pun, dah tercungap-cungap kita nak jawab. Tambah lagi beban atas kita, kemewahan yang telah pun diharuskan oleh Allah untuk kita milikinya dan kita telah pun kejarkannya di dunia ni dengan rakusnya.

Balik kepada tamsil safarku tadi,

“Perjalanan membawa barang-barang keperluan”

umpama aku berjalan di muka bumi ni, dengan barang keperluan untuk hidup di dunia sekadar yang aku perlukan sahaja.

“meninggalkan barang-barang kemewahan untuk memudahkan perjalanan”

umpama aku meninggalkan kemewahan supaya memudahkan daku dalam perjalanan menuju ke akhirat kerana barang-barang tersebut hanya akan menjadi beban untukku dalam menuju kepada Allah.

“Dan apabila aku berada di Malaysia nanti, di situlah aku nak mempunyai berbagai kemewahan atau kemudahan dunia yang aku idamkan”

Di syurga nanti lah, akan ku dapat kemewahan yang aku idamkan. Bangladesh bukan tempat untuk aku mencari keuntungan di dunia, tetapi di Malaysia nanti adalah untuk aku mengecap nikmat yang aku idamkan.

“Jom berhabis duit untuk ini, untuk itu. Eh, tak cukup ni. Kete saga flx se mana cukup, kena tambah kete lain ni”

seumpama

“Jom tambahkan soalan Allah atas harta kita. Eh, soalan 50 ribu tahun mana cukup, kena tambah lagi 60 ribu tahun ni”

Sebagai manusia, memang kita ada banyak keinginan. Tapi, keinginan Allah atas harta kita ialah untuk dibelanjakan di jalan Allah. Oleh itu, jom lah sama-sama kita gunakan harta kita untuk jalan Allah.

Gaji sebulan RM 2500, gunakan sebahagian mungkin RM 150 untuk mengajak orang kepada Allah. Tak banyak pun, sebahagian aje. Dan yang paling penting, sebulan kita punyai 30 hari, gunakan 1/10 daripada sebulan untuk berada di jalan Allah. sebab Allah minta umat Islam untuk infakkan harta, dan diri (masa kita) dengan lafaz “waw” yaitu “dan”. Bila guna “dan”, bermaksud Allah hendak kita untuk korbankan kedua-dua sekali yang kita sayangi.

ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ وَهَاجَرُواْ وَجَـٰهَدُواْ فِى سَبِيلِ ٱللَّهِ بِأَمۡوَٲلِهِمۡ وَأَنفُسِہِمۡ أَعۡظَمُ دَرَجَةً عِندَ ٱللَّهِ‌ۚ وَأُوْلَـٰٓٮِٕكَ هُمُ ٱلۡفَآٮِٕزُونَ

Ertinya : “(Sesungguhnya) orang-orang yang beriman dan berhijrah serta berjihad pada jalan Allah dengan harta benda dan jiwa mereka adalah lebih besar dan tinggi darjatnya di sisi Allah (daripada orang-orang yang hanya memberi minum orang-orang Haji dan orang yang memakmurkan masjid sahaja) dan mereka itulah orang-orang yang berjaya.” – Surah AtTaubah : 20

Tuesday 10 April 2012

[Laporan] Bayan Maulana Tariq Jameel di Malaysia

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Yang mana dengan kurniaan taufiq dan hidayah dari Allah SWT, aku dapat hadirkan diri ke majlis berpesan-pesan atas agama Allah. Ceramah yang disampaikan oleh Maulana Tariq Jameel dari Pakistan dihadiri beribu-ribu orang. Hadirku ke Masjid Sri Petaling , 31/3/2012 , bersama dua orang iparku, hussaini (abang ipar) dan hilmi (adik ipar). Suasana memang berbeza. Ramai orang yang hadir Alhamdulillah. Walaupun kedatangannya tiada kain rentang, tiada notis-notis dari TV atau mana-mana majalah dan surat khabar di Malaysia, namun tetap dipenuhi oleh manusia yang tidak kira apa bangsanya asalkan ialah Islam.
Oleh itu, saya catitkan beberapa perkara penting dalam bayan Maulana. Banyak lagi isi-isi yang tak dapat saya catit kerana kelemahan saya yang jelas :
  • Bayan Maulana dimulakan dengan membesar-besarkan Allah, sepertimana yang telah dilakukan Allah SWT sendiri dalam kitabNya yang mulia. Banyak ayat-ayat kebesaran Allah diceritakan oleh Maulana sehingga tertusuk ke dalam hati ini “Wahai Allah, kamulah rabb ku. Kamulah tuhan yang menciptakan alam. Tidak syak lagi kamulah yang layak disembah. Tiada tuhan selain dari kamu”
  • Antara ayat yang menjadi perhatianku ialah ayat ini

    قُلۡ أَرَءَيۡتُمۡ إِن جَعَلَ ٱللَّهُ عَلَيۡڪُمُ ٱلنَّہَارَ سَرۡمَدًا إِلَىٰ يَوۡمِ ٱلۡقِيَـٰمَةِ مَنۡ إِلَـٰهٌ غَيۡرُ ٱللَّهِ يَأۡتِيڪُم بِلَيۡلٍ۬ تَسۡكُنُونَ فِيهِ‌ۖ أَفَلَا تُبۡصِرُونَ

    maksud : katakanlah lagi: Bagaimana fikiran kamu jika Allah menjadikan siang kepada kamu tetap selama-lamanya hingga ke hari kiamat; tuhan yang manakah yang lain dari Allah, yang dapat membawakan malam kepada kamu untuk kamu berehat padanya? Maka mengapa kamu tidak mahu melihat (dalil-dalil dan bukti keesaan dan kekuasaan Allah)? – surah qashsash : 71

    Macam mana tu? macam mana kalau Allah jadikan siang selamanya? besar nikmat siang tu perlu kita syukuri. Begitu juga dengan malam (ayat sebelum ayat ni), macam mana kiranya Allah jadikan malam selamanya?
  • Point paling besar semasa aku di sini ialah : “Untuk mengetahui Allah, adalah kewajipan terbesar bagi kita
  • Dalam segala kebesaran Allah, penciptaannya semua dapat disimpulkan sebagai


    ذَٲلِكَ تَقۡدِيرُ ٱلۡعَزِيزِ ٱلۡعَلِيمِ
    .
    maksud : itu adalah takdir Tuhan Yang Maha Kuasa, lagi Maha Mengetahui – surah yaasin : 38
  • Jadi, carilah Allah (Fafirruu ilallah). Kejarlah Allah, jangan kejar duit. Kerana Allah segalanya. “Kamu dapat aku, kamu dapat segalanya” (mafhum hadis nabi lebih kurang).
  • Untuk dapatkan Allah, tidak lain dan tidak bukan hanyalah dengan kalimah
    لا إله إلا الله محمد رسول الله

  • Maulana mula pula memuji Nabi Muhammad SAW. Untuk Nabi Ibrahim AS, Allah jadikan dia kekasih allah (khaliilullah), Nabi Musa AS berkata-kata dengan Allah (kaliimullah), cairkan besi di tangan Daud AS dan tundukkan angin kepada Sulaiman AS. Untuk nabi Muhammad SAW, Allah letak beliau bersama-sama dalam kalimah لا إله إلا الله محمد رسول الله
  • Sumpah Allah tertinggi (bagi beliau) ialah “فَلَا وَرَبِّكَ” Maksud : “Maka demi tuhanmu” yang mana ‘mu’ di sini merujuk kepada Nabi Muhammad SAW. Allah bersamakan namanya dengan Nabi Muhammad SAW. (subhanallah) Cintanya Allah kepada hambanya yang bernama Muhammad :’(
  • Doa Musa AS yang terkenal “رَبِّ ٱشۡرَحۡ لِى صَدۡرِى” sehingga akhir, Musa AS meminta dari allah untuk dilapangkan dada, tetapi untuk Muhammad, Allah sendiri bertanya kepada beliau “أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ” Maksud : “Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?”. Telahpun Allah lapangkan dada Muhammad SAW.
  • Ayat Allah

    إِنَّ ٱللَّهَ وَمَلَـٰٓٮِٕڪَتَهُ ۥ يُصَلُّونَ عَلَى ٱلنَّبِىِّۚ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ صَلُّواْ عَلَيۡهِ وَسَلِّمُواْ تَسۡلِيمًا

    Maksud : “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.” - Surah Al Ahzab :56

    Maulana beritahu, kalaulah seorang tu tafsir “Allah dan malaikat sedang berselawat ke atas Nabi Muhammad SAW” sahaja, belum cukup lagi tafsirannya (tak lengkap). Allah dan malaikatnya berselawat ke atas Muhammad SAW sekarang dan terus menerus sehingga ke hari kiamat.

    Catitan penulis : bayangkan ayat yang sekarang dibaca pun menyatakan bahawa Allah dan MalaikatNya sedang berselawat ke atas nabi, orang dulu pun baca sedemikian, orang selepas kita pun baca sedemikian. Jadi, dari dulu sehingga ke hari kiamat pun memang Allah dan MalaikatNya sentiasa berselawat ke atas Muhammad SAW terus menerus. Subhanallah.
  • Dalam ucapan beliau satu demi satu nama Allah beliau sebutkan kepada kami supaya dapat kami dengarkan siapakah dia Allah yang kami sembah.
  • Dalam ucapan beliau juga, beliau beritahu kepada kami bahawa nasab keturunan Nabi SAW sebenarnya adalah paling mulia antara orang di kalangan orang arab pada masa tersebut. Tidak cukup dengan itu, Maulana juga sebut nasab Nabi SAW dari Nabi SAW sehingga kepada Nabi Adam.

    Catitan Penulis : Betapa beliau seorang yang sangat-sangat rapat dengan Baginda SAW. Dan orang ini ialah contoh ikutan aku. Moga kamu pun jadikan dia sebagai contoh ikutan di akhir zaman ini.
  • Sebagai penutup, beliau memberitahu bahawa ulasan daripada agama kita, terdapat dua hak yang paling penting
    • huquuqullaah – hak hak Allah. Segala Ibadah yang Allah perintahkan kita untuk kita lakukan. Ibadah adalah seumpama bahan asas kepada rumah. Tanpa tiang dan dinding, rumah tak dapat didirikan.
    • huquuqul ‘Ibaad – Hak hak sesama hamba. Ikram muslimin. Jadi, perbaikilah akhlaq kita. Akhlaq adalah umpama bumbung kepada rumah.

      Dalam syarahan ini, beliau suruh kami untuk
      • Berbuat baik kepada orang yang berbuat jahat kepada kita
      • Maafkan orang yang menzalimi kita. Ini yang kami saling pandang satu sama lain. Macam mana akhlak nabi ni nak masuk dalam kami. Jadi, aku nak pembaca semua bersaksi bahawa aku dah ampunkan dah semua dosa orang yang menindas hak-hak aku secara langsung dan tak langsung.
      Beliau juga beritahu kami bahawa hakikat akhlaq, nabi telah ajarkan kepada Muadz bin Jabal. Jadi, apa yang maulana suruh kami buat ialah lihat pada beliau. Kami pun terjenguk-jenguk melihat apa yang dilakukan oleh beliau. Lalu beliau pun tunjukkan lidah beliau dengan jari beliau kepada pendengar di kanan ,kiri, atas masjid kanan, dan atas masjid kiri. Nabi pernah berbuat demikian kepada Muadz RA bahawa sekiranya Muadz RA dapat menjaga lisan, maka beliau telahpun pelihara akhlaq dan agama beliau. Catitan penulis – memang tersentak bila maulana buat macam tu. Melakonkan semula perlakuan yang pernah dilakukan oleh Baginda SAW yang mulia. Kita perlu bersaudara, kenal satu sama lain. Apabila bertambah kenalan kita, maka bertambah lagi tanggungjawab kita.
  • Kita perlu untuk bertaubat kepada Allah SWT sebab kita banyak sangat dosa. Tapi kita kena tahu bahawa sebesar mana dosa kita, sebesar gunung, atau 7 petala langit, besar lagi rahmat pengampunan Allah. Lalu beliau minta kami yang berbahasa Melayu untuk zahirkan taubat kepada Allah. Mutarjim (penterjemah) sebut “wahai Allah” , kami pun sambut “wahai Allah”, Mutarjim sambung “Kami banyak melakukan dosa kepada mu, ampunkanlah kami”, kami pun sambut “Kami banyak melakukan dosa kepada mu, ampunkanlah kami”. “Terimalah taubat kami” , lalu kami pun sambut “terimalah taubat kami”. Juga, perbuatan ini dilakukan oleh mereka yang berbahasa Urdu.

    “Wahai Allah, terimalah taubatku” :”(
Penutup kepada majlis selepas orang berikan nama untuk keluar di jalan Allah, beliau berdoa. Dalam tangisan itulah, doa kepada umat. Doa moga umat dibantu, dan diberi hidayat.
Terdapat perbezaan yang ketara di sini. Penyampaian Maulana penuh dengan fikir risau, jauh dari ketawa dan alpa. Penuh dengan perasaan cinta kepada Allah dan Rasul, jauh daripada cinta dunia. Penuh dengan memuji kemuliaan nabi, jauh dari caci mencaci sesama saudara Islam. Beliau tidak meminta-minta kewangan daripada yang hadir, bahkan meminta diri orang yang hadir untuk sediakan diri untuk berada di jalan Allah.