Thursday 27 December 2012

[Laporan] - Jemaah Dakwah Taman Fadason Pertama

Belum pun bermulanya cuti sekolah lagi mesyuarat di halaqah Selayang dah bawak fikir dari markas Malaysia, Masjid Sri Petaling, untuk keluarkan jemaah pelajar sekolah menengah. Jadi, usaha ziarah dah pun giat berjalan untuk jumpa setiap pelajar di Marhalah (kampung) sendiri dan mak bapak mereka supaya dapat kami bentuk jemaah sempurna dari marhalah masing-masing. Alhamdulillah, selepas beberapa orang yang kami jumpai, dapat lah beberapa orang yang sedia untuk belajar-belajar untuk keluar di jalan Allah. Tarikh yang diputuskan untuk keluar dari marhalah saya ialah pada 1 Disember 2012, yang mana tarikh ini diambil supaya semua pelajar SPM di marhalah kami dapat turut serta dalam jemaah. Alhamdulillah, azam kami untuk bentuk jemaah sempurna diterima Allah. 2 orang pelajar SPM, 1 orang pelajar PMR, 1 orang pelajar tahfiz dan abg Hashim salah seorang jemaah dari Taman Fadason adalah antara orang yang baru kali pertama keluar di Jalan Allah selama 3 hari, Jadi, kesemua 8 orang dari kami ( fahmi ghufirallah lahu, amri, lutfi, abg hashim, haris, redwan, husin (abg kepada redwan), dan fikri) berkumpul pada 1hb Dis 2012 bermula pada jam 10am.

Selepas bayan nasihat yang diberikan oleh abg Malik dari taman Beringin kami bergerak ke sebuah surau di Damansara Damai. Datangnya kami di sana bukanlah datang dengan semberono. Tetapi kami telah diberikan tempat tersebut adalah hasil dari mesyuarat dengan halaqah Kepong. Sesudah kami sampai, kami disapa oleh seorang karkun yang datang ke surau tersebut untuk bersembahyang zohor. Bertanyalah kami kepada beliau tentang perihal tempatan. Selepas asar barulah bermula kisah pengajaran kepada kami. Sampainya imam surau tersebut dengan menaiki motor, berpayung meredah hujan lebat. Pakaiannya berjubah, dan serban tak kurang juga janggutnya yang lebat. Saya amat kagum dengan kesungguhan imam tersebut untuk datang mendirikan sembahyang walaupun dalam hujan lebat. Segera saya ke arahnya dan menyambut kedatangan beliau. Sebelum ini,saya difahamkan yang beliau pun seorang karkun (nama gelaran orang buat kerja tabligh).

penulis : "assalamualaikum, imam ye?" . Dia pandang daku beberapa ketika. Aku terkial-kial senyum tanpa balasan. Tangan yang ku hulur pun tak dibalas.
imam : "jemaah dari mana?"
penulis : "kami dari Kepong"
imam : "masuk jemaah anta ni, dah jemaah yang ke 5-6 dah. berapa banyak jemaah nak hantar kat sini? jemaah tashkil pun satu, selalu hantar kat sini. sepatutnya setahun dalam 3-4 jemaah aje yang masuk. kalau lebih daripada tu ada lah yang tak kena. Ana bukannya tak suka jemaah datang, AJK tak suka. Hari tu dah mesyuarat dah jemaah yang masuk kena bayar bil. Tempat ni baru, belum ada sumber lagi ... bla bla bla" baru dia hulur tangan untuk ditarik cepat-cepat daripada dalam salaman aku. Pergi dengan nada angkuh, tatkala daku masih kehairanan kerana kali pertama berjumpa dengan karkun yang sungguh sombong. Memang hati daku rasa tak sedap. Sesuatu akan berlaku.

Selepas bayan Kepentingan Dakwah selepas asar, imam tak duduk sekali. Kami terkial-kial mencari sesiapa yang kami boleh lawati di kalangan AJK surau. Tak menjadi masalah, kami teruskan program seperti yang dirancang. Dalam lebih kurang jam 6 petang, kami akan pergi rumah ke rumah, ziarah orang Islam, muliakan mereka dan dalam masa yang sama kami sebarkan fikir tentang kepentingan usaha atas iman.

Selesai beri adab dalam ziarah, beberapa orang dilantik untuk menjadi jemaah di luar dan beberapa orang lagi berada di dalam. Saya dilantik untuk berada di luar, beberapa orang ziarah rumah ke rumah. Sepanjang perjalan, tak banyak rumah orang Islam di sana. Dalam renyai hujan, kami bertemu dengan seorang pelajar sekolah menengah bernama Izuddin. Selesai wakil jemaah (mutakallim) ceritakan kepadanya tentang kepentingan iman, dia bersedia untuk ke masjid pada waktu tu juga. Terus dia berjalan bersama dengan seorang yang telah dilantik oleh ketua jemaah ke arah masjid. Hakikatnya, sejengkal yang dia jalan menuju ke masjid, rahmat Allah telah pun sampai kepadanya sehasta. tapi terus menerus dalam renyai hujan aku tengok dia berjalan bahkan lebih dari sedepa. Dan langkah dia kepada Allah menyebabkan rahmat Allah itu datang berlari kepada dia. Alhamdulillah.
"....barangsiapa yang mendekati-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekatinya satu hasta. Barangsiapa yang mendekati-Ku satu hasta, maka Aku akan dekatinya satu depa. Dan barangsiapa yang datang kepada-Ku dalam keadaan berjalan, maka Aku akan datang kepadanya dengan berlari..." ~ mafhum hadis qudsi
Dipendekkan cerita, kami berjumpa dengan 2 orang lagi selepas Izuddin dan salah seorangnya ialah seorang Ustaz selebriti hebat Malaysia. Tak perlu daku beritahu siapa kerana takut akan berlaku pandangan buruk terhadap beliau oleh pembaca dalam penulisan ini.Sekembali kami ke masjid, kami berdoa kepada mereka yang kami jumpa tadi. Izuddin ada bersama kami. Selesai sembahyang Maghrib, ada bayan Maghrib dan Amri ditugaskan untuk memberi bayan. Semasa bayan tersebut, imam pun tidak bersama kami. Dan aku dapat tahu bahawa ada seorang yang duduk jauh dari kami, dia adalah Setiausaha kepada surau tersebut. Selesainya bayan, kami (saya dan abg malik) meluru kepadanya dan berjumpalah kami dengan salah seorang AJK surau akhirnya.

Setiausaha : U all tak sepatutnya datang sini tak beritahu. Kita ada prosedur. At least dalam 3 bulan kalau u all nak datang dah kena beritahu. Esok nanti ada program untuk orang perempuan. n bla bla bla ...

percakapan yang sama imam tadi cakap. Abang Malik terus senyum dan beritahu bahawa kami diberi tempat tersebut hasil daripada mesyuarat Halaqah. Yang mana di sana sebenarnya kalau diberitahu kami tak boleh masuk ke masjid / surau tersebut, kami tak akan masuk pun. Tapi orang tempatan tak datang untuk beritahu, maka kami pun tak tahu lah macam mana status masjid / surau tu. daku pula terus senyap, menahan perasaan. Selesai dia katakan ketidakbolehan kami untuk berada di surau dia, kami bertemu lagi dengan imam yang sedang duduk di beranda. Bertanyakan rumah pengerusi, dia pun transfer ke orang lain, dan orang lain tu pulak transfer balik pada dia maka jadilah kami terpinga-pinga tanpa hasil.

Malam diteruskan macam biasa. Selepas solat Isya', makan malam dan ta'lim akhir beserta adab tidur. Malam tu, ta'lim dibaca oleh Fikri, dan adab tidur disampaikan oleh Ust Lutfi. Izuddin dah balik dah lepas Isya' tadi sebab dia ke masjid pun sebab tak beritahu mak dia pun dia terus pergi ke masjid lepas kami ziarah dia di rumahnya. Gembira sangat hati ni, bila dapat tengok dia datang ke masjid dengan penuh kesungguhan. Masa kami jumpa dia petang tadi, berseluar pendek dan sedang bergurau-senda dengan adik dia. Selesai program, tidur dan tahajjud. Kehadiran abang Ayub lewat malam tu sedikit sebanyak meringankan sedikit beban kami untuk kerja di esok hari. Beberapa orang bangun malam, sejuk hati aku tengok. Doakan kebaikan umat, kebangkitan umat, umat kembali kepada agama Allah yang sempurna, umat mencintai dan mengekori orang yang sepatutnya diekori iaitu Nabi Muhammad SAW. Moga doa kami ini diterima Allah.

Selepas selesai Solat Subuh, Abg Malik bagi bayan 6 sifat. 6 sifat ni adalah asas dalam kehidupan seorang muslim yang kita kena usahakan untuk ada dalam hidup kita (Kalau nak detail, jom borak). Selepas tamat bayan, kami duduk mesyuarat. Dalam mesyuarat kami, Alhamdulillah dalam 3 orang tempatan duduk bersama kami, sama-sama berikan laporan tempatan dan fikirkan bagaimana amalan agama dapat disebarkan kepada seluruh penduduk tempatan. Selesai bermesyuarat, semua digalakkan untuk habiskan zikir pagi (100 istighfar, 100 selawat ke atas nabi, 100 subhanallah walhamdulillah walaa ilaa ha illallahuwallaahu akbar).
Alhamdulillah di akhir aktiviti, seperti kebiasaan nabi meminta laporan daripada jemaah yang keluar, itu juga yang kami lakukan. Beberapa pelajar sekolah menengah yang bersama sama kami pun memberika respon positif. Tahu kepentingan beragama dan berazam untuk keluar lagi dan lagi memandangkan kerja dakwah ialah kerja semua orang yang mengucapkan laa ilaa ha illallaah.

Pelajar tu sekarang akan menjadi orang yang akan teruskan usaha agam di taman fadason kelak insya allah. Semua kena doakan mereka. jangan dicaci kelemahan mereka.

Ps : Post tak berapa baik rentetan ketidak celaruan sebelum dapat anak. Alhamdulillah allah kurniakan seorang cahaya mata yang bakal menjadi tentera khusus imam mahdi al muntadhar.









Sunday 9 December 2012

[Dalil] - Penetapan / Had Hari Keluar di Jalan Allah


Para Sahabat Keluar ke Jalan Allah

Sebanyak 150 jemaah telah dihantar dari Madinah dalam masa 10 tahun tersebut. Baginda s.a.w. sendiri telah menyertai 25 daripada jemaah-jemaah tersebut. Sebahagian jemaah tersebut terdiri daripada 10,000 orang, ada yang 1,000 orang, 500 orang, 300 orang, 15 orang, 7 orang dan sebagainya. Jemaah-jemaah ini ada yang keluar untuk 3 bulan, 2 bulan, 15 hari, 3 hari dan sebagainya. 125 jemaah lagi sebahagiannya terdiri daripada 1000 orang, 600 orang, 500 orang dan sebagainya dengan masa 6 bulan, 4 bulan dan sebagainya.Sekiranya kita menghitung dengan teliti maka akan didapati purata masa yang diberikan oleh setiap sahabat untuk keluar ke jalan Allah dalam masa setahun ialah antara 6 hingga 7 bulan.
Sahabat keluar 5 tahun

 Pada tahun 627M satu rombongan sahabat-sahabat Nabi S.A.W yang diketuai oleh Wahab bin Abi Qabahah dikatakan telah mengunjungi Riau dan menetap selama 5 tahun di sana (sebelum pulang ke Madinah) (dipetik dari kitab 'Wali Songo dengan perkembangan Islam di Nusantara', )
 Sahabat keluar 6 bulan

 Bara’ Radiyallahu 'anhu meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam telah mengutus Khalid ibne-Walid Radiyallahu 'anhu kepada penduduk Yamen untuk mengajak mereka masuk Islam. Bara berkata: Aku juga termasuk dalam jamaah itu. Kami tinggal di sana selama 6 bulan. Khalid radiyalaahu anhu selalu mengajak mereka untuk masuk Islam, tetapi mereka menolak ajakannya.

Kemudian Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam mengutus 'Ali ibne-Abi Talib Radiyallahu 'anhu ke sana dan memerintahkan kepada Khalid r.a. untuk kembali dengan seluruh jamaah kecuali salah seorang dari jamaah Khalid r.a. yang mahu menemani Ali r.a, maka ia boleh ikut serta dengan Ali r.a. Bara r.a berkata: Akulah yang menemani Ali r.a. selama di sana. Ketika kami betul-betul dekat dengan penduduk Yaman, maka mereka keluar dan dan dating kehadapan kami. Lalu Ali r.a. mengatur shaf mereka untuk mengerjakan solah dan Ali yang menjadi imam dalam solah kami.

Selesai solah, Ali r.a membacakan isi surat Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam kepada mereka. Setelah mendengar isi surat Rasulullah sallalaahu alayhi wasalam itu maka seluruh Bani Hamdan masuk Islam. Kemudian Ali r.a. menulis surat kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam yang isinya memberitahukan tentang ke-Islaman mereka kepada baginda. Setelah isi surat tersebut dibacakan kepada Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam, maka baginda langsung sujud syukur kepada Allah Swt. Setelah mengangkat kepala, baginda berdoa: Keselamatan bagi Bani Hamadan. Keselamatan bagi Bani Hamadan. (Bukhari, Baihaqi, Bidayah-wan-Nihayah) (Dipetik dari kitab Muntakhab Ahadith, bab Dakwah dan Tabligh,)
 Keluar 4 bulan

Ibn Juraij berkata: “Ada seseorang yang menceritakan kepada saya bahawa pada suatu malam ketika Umar radiyalaahu anhu sedang berkeliling (ghast) di sekitar lorong-lorong kota Madinah, tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang melantunkan sya’ir:
Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya, Daku tidak boleh tidur kerana tiada yang tersayang yang boleh ku ajak bercumbu Andai bukan kerana takut berdosa kepada Allah yang tiada sesuatu pun dapat menyamaiNya Sudah pasti ranjang ini di goyang oleh yang lainnya"
Ketika Umar r.a. mendengar sya’irnya itu, maka dia bertanya kepada wanita tersebut, “Apa yang terjadi padamu?” Wanita itu menjawab, “Saya sangat merindukan suami saya yang telah meninggalkan saya selama beberapa bulan.” Umar r.a. betanya, “Apakah kamu bermaksud melakukan hal yang buruk?” Wanita itu menjawab, “Saya berlindung kepada Allah.” Umar r.a. berkata, “Kuasailah dirimu! Sekarang saya akan mengutus orang untuk memanggil suami mu.”

 Setelah itu Umar r.a. bertanya kepada anak perempuannya Hafsah r.anha, “Aku akan bertanya padamu mengenai sesuatu masalah yang membingungkan aku, mudah-mudahan kamu boleh memberi jalan keluar untukku. Berapa lama seorang wanita mampu menahan kerinduan ketika berpisah dari suaminya?” Mendengar pertanyaan itu, Hafsah r.anha menundukkan kepala merena merasa malu. Umar r.a. berkata, “ Sesungguhnya Allah tidak pernah merasa malu dalam hal kebaikan.” Hafsah menjawab sambil berisyarat dengan jari tangannya, “Tiga sampai empat bulan.” Kemudian Umar r.a. menulis surat kepada setiap amir (pimpinan) pasukan tentera Islam supaya tidak menahan anggota pasukannya lebih dari 4 bulan.” (Riwayat Abdur Razzaq dalam kitab Al-Kanz Jilidl VIII, m/s.308).

Ibnu 'Umar (Radiallahu'Anhu) mengatakan bahawa pada suatu malam Umar r.a. keluar (untuk melihat ehwal orangramai), tiba-tiba beliau mendengar seorang wanita sedang bersya’ir:
 "Betapa panjang malam ini dan betapa gelap di sekelilingnya Aku tidak boleh tidur kerana tida yang tersayang yang boleh kuajak bercumbu
 Kemudian Umar r.a. bertanya kepada Hafsah r.anha, berapa lama wanita dapat bertahan tidak bertemu dengan suaminya?” Hafsah r.anha menjawab, “Enam atau empat bulan.” Maka Umar r.a. berkata, “Untuk selanjutnya saya tidak akan menahan tentera lebih dari masa itu.”
(Hr. Baihaqi dalam kitabnya jilid IX m/s 29)
[seperti yang dipetik dari kitab Hayatus Sahabah, bab Al-Jihad]

Keluar 40 hari

"Seorang lelaki telah datang kepada Saiyidina Umar ibnu Khattab r.a. maka Saiyidina Umar r.a. pun bertanya: Di manakah engkau berada? Dijawabnya: Saya berada di Ribat. Saiyidina Umar r.a. bertanya lagi: Berapa hari engkau berada di Ribat itu? Jawabnya tiga puluh hari. Maka berkata Saiyidina Umar r.a.: Mengapa kamu tidak cukupkan empat puluh hari?
(Kanzul Ummal, Juzuk 2 muka surat 288, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah)

Keluar 3 hari

Daripada Ibnu Umar r.a. berkata: Nabi SAW telah memanggil Abdul Rahman bin Auf r.a. lalu bersabda: Siap sedialah kamu, maka sesungguhnya aku akan menghantar engkau bersama satu jama'ah maka menyebut ia akan hadis dan katanya: Maka keluarlah Abdul Rahman hingga berjumpa dengan para sahabatnya, maka berjalanlah mereka sehingga sampai ke suatu tempat pertama bernama Daumatul Jandal, maka manakala ia masuk ke kampung itu ia mendakwah orang-orang kampung itu kepada Islam selama tiga hari. Manakala sampai hari yang ketiga dapat Islamlah Asbagh bin Amru al Kalbi r.a. dan adalah ia dahulunya beragama Nasrani dan ia ketua di kampung itu.
(Hadith riwayat Darul Qutni, dipetik dari kitab 'Risalah ad Dakwah)