Monday 16 September 2013

Ujian Allah dan Ubatnya

Copy and Paste; sangat-sangat berguna sebab aku tengah diuji dengan begitu kuat, tiba-tiba sampai aje email peringatan. Allah dah lantik satu hamba Allah tu untuk forward email yang berisi seperti di bawah. Dapat aje email, terus ku balas emailnya untuk berterima kasih kerana dilantik Allah untuk sampaikan pesananNya.

Kenapa pilih tajuk Ujian Allah dan Ubatnya? sebab ayat Al Quran lah pengubat hatiku ketika aku sakit. Kenapa "aku"? sebab aku sedang bercakap dengan diri sendiri.
Memang hanya AlQuran lah penenang hati ini ketika luka.