Tuesday 18 September 2012

Amal Yang Menjauhkan Dari Allah

Baru ni, aku dihantui perasaan makin jauh dengan Allah. Dalam masa yang sama, pada pendapat aku macam amal aku dah bertambah. Kalau dulu aku tak dapat nak bangun sembahyang subuh, sekarang Alhamdulillah berkat doa kawan-kawan dan ketabahan isteri dalam mengejut, bertambah la jugak dalam seminggu ade la lebih sikit daripada dulu 0. Tapi aku tak tahu kenapa makin hari makin pelik, rasa macam makin jauh ... makin jauh ... dan makin jauh.

Dengar bayan dalam kete ... "tuan-tuan kena jaga akhlak" ... bla bla bla ... "tuan-tuan kena jaga silaturrahim" ... bla bla bla ... "tuan tuan kena jaga sembahyang" ... aku tersentak. Macam mana sembahyang kena usahakan dengan banyak,sembahyang juga mesti diusahakan atas kesempurnaannya. Sembahyang yang dijalankan dengan kelalaian akan menambahkan lagi kelalaian. Bayangkan kita sembahyang atau beramal, dengan usaha untuk kesempurnaan amal tersebut, makin bertambah kesan baik dalam diri. Dengan amal yang sama, tapi dengan kelalaian akan menambahkan jauh seseorang dari Allah.

oh, macam tu... ape lagi flashback la ...
"Allahuakbar allahuakbar!", dengar seruan azan maghrib. aku baru capai tuala, pergi mandi. Dah siap mandi, siap-siap pakai pakaian sembahyang.
"Allahuakbar allahuakbar!", dengar iqamat pulak. Bukak pintu, turun bawah. Masuk jemaah Maghrib dalam sebagai seorang masbuk.
Dekat sebulan jugak aku macam tu. Jadi, mungkin ni lah kot punca kenapa aku rasa macam makin jauh dari Allah. Syok sendiri aku mungkin rasa sepatutnya makin ok, hakikat dia masih lagi yang aku kena perbaiki. So, aku azam nak perbaiki amalan aku.

Dan pesanan aku paling penting dalam post ni (untuk diri aku lebih-lebih lagi), dengar dari bayan, Amalan kita akan ditimbang bukan dibilang. Kalau bilang, siapa lebih banyak rakaat sembahyangnya, dia menang. Tapi hakikatnya lain. Bila amal ditimbang, kesempurnaan dalam solat tu akan memberatkan lagi timbangan amal kita. amal yang banyak tanpa kualiti pun penting, sekurang-kurangnya bertambah berat timbangan amal kita berbanding daripada orang yang tak usahakan dengan kuantiti dan kualiti amal, yakni biarkan aje mase berlalu, amal cukup ala kadar, amal tak banyak dan tak berkualiti.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran dan pembetulan hasil penulisan amatlah bagus untuk dibincangkan di sini