Thursday 2 May 2013

Tanggungjawab Yang diLupakan~

Kemuliaan dan kebesaran hanya milik allah yang kekal. Dialah yang awwal dan dialah yang akhir. Tiada pemberi rezeki melainkan allah. Majikan kita cuma sebagai perantara. Malangnya amalan bercakap tentang kebesaran allah jadi amalan yang hanya dibuat oleh ustaz2. Bukannya umat letakkan amalan tersebut pada bahu masing2. Walhal perintah allah pada

(يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَقُولُوا قَوْلًا سَدِيدًا)
[Surat Al-Ahzab : 70]

"Wahai orang-orang yang beriman, bertaqwalah kepada Allah, dan katakanlah perkataan yang tepat -benar"

Dan sabdaan baginda saw yang mulia pun ada.

"Dari Abu Hurairah r.a katanya, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Perbaharuilah iman kamu. Para Sahabat bertanya; Wahai Rasulullah SAW bagaimana kami memperbaharui iman kami? Baginda SAW bersabda: Perbanyakkanlah mengucap kalimah La ilaha illallah. (HR Ahmad, Tabrani dan at-Targhib)";
Percakapan percakapan membesarkan allah tak lain dan tak bukan adalah seratus peratus sama dengan percakapan para anbiya. Mereka memang diutuskan untuk beritahu kepada manusia sejagat bahawa allah adalah rabb mereka dan beribadatlah mengikut syariat yang ditetapkan berdasarkan masa dan keadaan tertentu. Kaum tsamud wajib taat perintah allah mengikut cara baginda soleh as, kaum aad pula cara nabi hud dan seterusnya yang lain. Umat muhammad pula mengikut cara baginda saw. Hari ni, betapa hilangnya fokus kita kepada perintah baginda saw, membuatkan macam2 penyakit dalam seluruh kehidupan kita. Penyakit yang dimaksudkan sekarang ialah penyakit dalam keseluruhan hidup umat muhammad hari ini.
Soal curi duit rakyat datang daripada rosaknya iman. Soal menyorokkan orang syiah datang dari rosaknya iman. Soal buat konsert melalaikan datangnya dari rosaknya iman. Soal mengkafirkan orang islam pun datangnya dari masalah rosaknya iman.

Hari ni, bila MATA nampak banyak masalah, contohnya masalah kemiskinan. HATI yang tiada didikan hadis nabi akan berkata "dia perlukan harta. Macam mana dia nak makan sara anak bini dsb". Macam tu juga bila MATA nampak kekurangan pada kewangan, HATI kata tak apa ambil rasuah.

Yang contoh rasuah tu memang dah betul2 jelas satu perkara kesalahan dan perlu ditinggalkan. Dalam masalah si miskin pula, memang betul pun itu lah yang kita kena fikirkan. Tapi ada something beyond that thought,  yang kita pun kena fikir. Cara fikir baginda saw, "macam mana orang miskin ni dapat masuk dalam syurga, taat perintah allah dan bawak seluruh kehidupan dia dengan beragama islam yang sempurna. Sembahyang yang sempurna dengan khusyuk dan khudu'nya". Setakat kita fikirkan keperluan dia, sama aje tahap pemikiran kita dengan tahap pemikiran orang kafir. Bukan saya kata orang berfikiran macam tu orang kafir, tapi cara berfikiran dia bila berfikir tanpa nur sunnah, dia akan berfikir ke tahap kebaikan yang paling rendah islam ajar. Sebenarnya yang lagi teruk ialah kita langsung tak fikir tentang kesusahan orang tu. Untuk nak bagi manfaat keduniaan, allah perluaskan sesiapa sahaja di dunia ni mampu / boleh / ada fikir untuk bagikan manfaat keduniaan padanya. Sebagai contoh; menteri besar non muslim berkhidmat dengan baik kpd rakyat islam. Tapi dia tak ada fikir macam mana orang islam yang dia tolong tu dapat amal dengan amalan islam yang sempurna sampai dapat masuk syurga allah. Kalau dia pun fikir macam tu, itu lah dia fikir risau nabi saw, sunnah di dalam berfikir. Sila rujuk kepada hadis2 berikut :

Dari Jabir bin Abdullah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Seorang muslim yang fakir akan memasuki syurga empat puluh tahun terlebih dahulu daripada seorang muslim yang kaya."
[at-Tirmidhi]

Dari Abu Hurairah r.a. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Orang-orang fakir akan memasuki syurga terlebih dahulu daripada orang-orang kaya dengan kadar setengah hari. Dan setengah hari bersamaan lima ratus tahun."
[at-Tirmidhi]

Dari Abdullah bin Umar r.huma. meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah s.a.w. bersabda,
"Pada hari kiamat kelak akan dihimpunkan sekalian manusia dan akan diseru kepada mereka: Dimanakah orang-orang fakir dan miskin di kalangan umat ini? Nabi bersabda: Mereka semua akan bangun dan dikatakan kepada mereka: Apakah yang engkau amalkan? Mereka akan menjawab: Wahai Allah! Engkau telah menguji kami (dengan kemiskinan) namun kami tetap bersabar. Engkau telah memberikan harta dan pemerintahan kepada orang selain daripada kami. Allah berfirman: Kamu bercakap benar! Rasulullah s.a.w. bersabda: Lantas mereka dimasukkan ke dalam syurga terlebih dahulu daripada orang lain. Dan tinggallah mereka dengan penghisaban yang keras di kalangan orang-orang yang kaya dan para pemerintah."
[Ibnu Hibban]

Kita tak boleh beriktiqad yang keislaman seseorang hanya akan sempurna dengan terbentuknya kerajaan yang menggunakan perlembagaan islam sahaja. Soal masalah masjid kosong adalah masalah yang paling asas dalam agama. Ini berkaitan dengan iman, sungguh. Sebab apa, siapa yang ulang alik ke masjid untuk memakmurkan masjid akan dapat jaminan bahawa dia beriman. Nanti dulu! Kata ini bukan bermakna "tak perlu laksanakan undang2 islam", tapi bermaksud "ada cara bagaimana perlembagaan islam itu dapat disempurnakan". Umat ketandusan "cara" bila mana umat mengelak dari pilih sunnah nabi sebagai cara hidup. Agama itu terbangun dari hati setiap orang islam yang teguh imannya. Tak ada satu pun hadis merujuk iman akan bertambah dengan mengundi. Tak ada satu pun. Tapi iman itu akan bertambah dengan kita cari hadis nabi tentang bagaimana bertambahnya iman di atas. Berbeza dengan amalan si penegak islam masakini yang memaki hamun dan mencaci cela si jahil agama.  Dengan percakapan membesar2kan allah. Ini satu cara yang pasti. Bila setiap orang dalam satu rumah dibentuk dengan iman yakin yang sahih, maka dia telah membangunkan agama di dalam rumah dia. Yang mana sekiranya 6/10 orang beriman daripada rumah2 satu kariah, maka 6/10 ini lah yang akan ada di masjid untuk kita jadi saksi bahawa orang ini beriman. Sekiranya usaha kita dalam kelompok masyarakat untuk semua orang beriman, pastilah usaha tersebut adalah usaha yang mengajak orang kepada masjid. Mungkin ade orang kelakar dengan teori ni, tapi saya menyeru supaya jangan memperkecilkan pegangan ni. Sebab sahabat pun buat.

Sila rujuk kepada kisah abu hurairah dan umar r.anhuma

Pada suatu hari, Hazrat Abu Hurairah pergi ke pasar dan mengumumkan kepada orang ramai:

"Wahai saudara-saudaraku, kamu sedang duduk-duduk saja di sini dan harta pusaka Rasulullah S.A.W. sedang dibahagi-bahagikan di masjid". Orang ramai pun berkejaranlah ke masjid dan mereka mendapati tidak ada suatu harta benda pun yang sedang dibahagikan disitu dan mereka kembali dengan perasaan sedih.
Hazrat Abu Hurairah bertanya kepada mereka:
"Apakah yang sedang berlaku di masjid?".
Mereka menjawab:
"Ada beberapa orang sedang membaca Al-Quran dan ada beberapa orang sedang memuji serta membesarkan Allah S.W.T.".
Hazrat Abu Hurairah berkata:
"Inilah yang kami panggil harta pusaka Rasulullah S.A.W."

Kisah umar r.anhu akan dibawakan kemudian memandangkan sumbernya belum dijumpai. Tapi ringkasannya bila dia tengok seorang sahabat tak ada dalam solat subuh, dia pergi jumpa mak kepada pemuda tersebut dan tanya kenapa dia tak hadir. Bila mak kepada yang tak hadir tu jawab anaknya sembahyang malam banyak2 sampai rasa mengantuk dan terlepas sembahyang subuh secara berjemaah.
Pak imam hari ni buat macam tu? Kalau bukan pak imam pun makmum ada buat macam tu? Tak. Sebab cara kolot mungkin. Sekarang ada internet dsb kan? Itu lah yang sebenarnya membuatkan saya kata, kita yang tak nak tiru kehidupan mereka walhal mereka adalah contoh ikutan selepas baginda saw.

Dengan adanya kuasa belum lagi tentu agama terus dapat ditegakkan wahai saudara2ku. Ada satu negeri dalam malaysia ni yang ada kilang carlsberg. Sebelum mereka memerintah negeri tu, itu lah yang dijadikan isu. Tapi bilah memerintah, senyap. Kat 7e sekitar negeri tu pun rasanya masih ada arak walhal itulah yang dijadikan isu. Saya bukan menjatuhkan mereka, tapi apa yang saya nak highlight di sini ialah pemerintahan tiada janji allah bahawa agama akan terus tersebar. Kalau rajin, rujuk kisah hercules dengan rakyatnya semasa kedatangan utusan nabi kepada dia dalam kitab hayatus sahabah jilid ke 3.
Saya amat terkilan bila satu pasukan yang mendakwa memperjuangkan islam bertindak seperti ini

Sinar Harian Walaupun dia cover balik , Sinar Harian. Tapi dia tetap tak datang. Ke mana pentingnya isu akidah? Tak penting. Pengundi hantu itulah lebih berbahaya.

Sebagai kesimpulan wahai saudaraku. Kita adalah satu umat. Kita adalah umat muhammad saw. Yang mana masih mengaku islam WALAUPUN dia beramal dengan amal jahiliyyah. Nabi dah tahu dah siapa orang munafiq zaman nabi, tapi apa nabi buat pada mereka? Sila rujuk sebab inilah petunjuk allah melalui CARA nabi. Bila demokrasi itu bukan tariqah nabi, jangan kata "tiada pengundi atas pagar, antara syurga dan neraka". Ini adalah petikan ikhlas dari seorang kawan yang dah dikafirkan. Umat... kamu bukan orang bn... kamu bukan oeang pas... kamu bukan orang tabligh atau budak usrah. Kamulah umat nabi. Kamulah di bawah syariat baginda saw. Kamulah yang dipertanggungjawabkan atas kemuliaan akhlak.
Saya meraikan fatwa mengundi, silalah mengundi kerana itu adalah hak anda. Pandanglah masa depan anda dengan mata assunnah.

ps : kerosakan yang dibuat oleh parti pemerintahan sekarang dah ramai orang sebarkan, dan saya turut membenarkannya. jangan persoalkan berat sebelah, sebab saya tak pernah meredhai maksiat yang mereka lakukan.

Di bawah adalah beberapa gambar yang membuatkan saya terkilan.

tak perlu layan isu murtad
kata perlu, tapi tak hadir juga
indirectly says ... anda semua pun faham maksud saya

Walaupun PAS kutuk, orang DAP? BN pulak dia yang anjurkan
Innaalillah...





No comments:

Post a Comment

Buah fikiran dan pembetulan hasil penulisan amatlah bagus untuk dibincangkan di sini