Monday 17 June 2013

Periwayatan Hadis Nabi yang Perlu dititikberat

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ


الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَال


Saya mulakan penulisan post kali ini dengan satu doa yang diajarkan Nabi SAW kepada kita dalam segala kejadian yang tak disukai berlaku. kadang-kadang, memang bukan niat kita untuk suatu perkara buruk, tapi akan berlaku juga dengan izin Allah. Bagaimanapun, Allah bukanlah tempat untuk dipersalahkan, tapi bila kejadian buruk yang menimpa kita, pasti dan pasti ada sesuatu yang Allah nak ajarkan kepada kita.



Perkara yang saya maksudkan dalam post ini ialah perbualan yang disertakan dengan hasutan syaitan. Ianya tak lain dan tak bukan hanyalah kerana iman dan amal yang lemah dari diri saya sendiri dalam menyampaikan sesuatu. Akhlak pun buruk :( . Apa yang menambahkan perasaan terkilan saya ialah orang yang hatinya disakiti ini ialah seorang yang warak, dan layak untuk dijadikan panduan akhlaknya. Selalu saya jadikan beliau sebagai penanda aras bagi kerja agama yang kami jalankan di Taman Fadason. Cara ikramnya pada orang lain, memang tak ada pada diri saya. Saya mohon agar Allah tidak membenci saya kerana menyakiti hati kekasihnya.


<<  Share Hadis dalam Whatsapp >>

ahmad Fahmi: Utk perkara2 camni... sy suka kalau apa yg disharekan ade sumbernye.

Akhi Kiram: InsyaAllah utk iktibar.... utk targhib diri supaya jd baik. Kita semua bkn maulana.

ahmad Fahmi: Bkn... dlm kita share pun kne ade takwa

ahmad Fahmi: Takut2 nabi xckp pun perlu ada dlm mnyampaikan

Akhi Kiram: Dia taqwalah tu dia share. Bukan fatwa...

ahmad Fahmi: Xkesah

ahmad Fahmi: Teruskan share even tnpe sumber

Akhi Kiram: Share saja..... benda baik. Kita mau belajar sangka baik. Nak baca utk iktibar baca. Kalau was-was tak yah baca dan tak yah komen.... kalau fatwa kena ada nas yang sohih.....

ahmad Fahmi: Sbb tu lah byk hadis bulan syaaban rejab yg xtau dr mana

ahmad Fahmi: Bygkan kalau org share asal tu tnpe pgtahuan tetibe aje nabi ckp itu ini

ahmad Fahmi: Takut dia kena sediakan tempat dia sendiri somewhere

ahmad Fahmi: Sy sndiri xpertikaikan ape yg disharekan.. sbb saya xpandai dan jahil agama

ahmad Fahmi: Cuma saya komen... "saya suka kalau ade sumber"

ahmad Fahmi: X salah pun kot

Akhi Kiram: Anta tak tanggung dia tanggung. Maulana saad kata jgn tasykil orh pada usul tapi kita kena duduk attas usul. Ini sifat ikram.
ahmad Fahmi: ?

Akhi Kiram: Wallahu a'lam.

ahmad Fahmi: Xperlu hati2 dlm sumber agama

Akhi Kiram: Kita yg perlu hati-hati utk diri kita.

Akhi Kiram: Agama bkn utk org tp utk kita.

ahmad Fahmi: Haha

ahmad Fahmi: Ok.Bebas la org syiah nak sebarkan hadis dan asar yg direka2. Dan kita dok iyakan aje.

Akhi Kiram: Kita kena hati-hati utk diri kita dlm beramal. Kita sahih kan utk kita amal. Taqwa juga kita yg perlu jadi takwa. Dakwah juga bkn utk org tp utk diri kita. Belajarmencari kebaikan didlm keburukan. Jgn ambik keburukan tp ambik lah kebaikan yang ada dlm keburukan.

Akhi Kiram: Semoga saya dan tuan dpt amal dan sampaikan insyaAllah...

ahmad Fahmi: Xcari buruk pun... cuma saya pilih utk berhati2. Kalau tuan xperlu berhati2 dalam sumber agama pun, sekurang2nya saya dah sampaikan. Dan saya xperlu kisah pun.

Akhi Kiram: Hati-hati tu dlm hati bkn di mulut.
... 
Akhi Kiram: Ya lah tuan.... saya yg bersalah dlm perkara ni..... ana menyusun sepuluh jadi memohon ampun dan maaf.... jwb tgh goreng ikan tu la pasal....

Akhi Kiram: Ini semua tak ikut sunnah... saya nak amal apa yg capt farid sampaikan jazakallah.... jika ada trrkasar bahasa saya memohon ampun dan maaf dr hujung rambut sampai hujung kaki pada semua group ni..... assalamualaikum...jazakallah...

Memang dalam periwayatan hadis, ulama'-ulama' terdahulu terlalu berhati-hati, sampaikan bila tersebut "Nabi pernah bersabda... " terus berpeluh-peluh dan berdoa "Insyaallah nabi bersabda demikian". Dalam Fadhail 'Amal ada cerita tentang ni, lebih kurang dan tak berapa tepat. Tapi lebih kurang macam tu lah bunyinya. Sebenarnya teramat-amat penting dalam kita nak menyampaikan perkara-perkara agama walaupun ia baik. Saya sendiri pernah melalui beberapa konflik dalam mendengar kisah yang disampaikan oleh karkun sendiri. Antaranya ialah kekuatan Ali 50x dari kekuatan sahabat lain semasa nak menjatuhkan pintu, rupa-rupanya riwayat Syiah. Cuba refer pada gambar bawah ni dari facebook Im Proud of being Syiah in Malaysia.

Ya Ali Madad??

Nasihat saya kepada karkun-karkun, tapislah dulu sumber. Dan antara hadis nabi dan kisah sahabat yang paling utama dalam kita nak sampaikan adalah daripada bayan-bayan di markas. Terutamanya masyaikh-masyaikh kita yang memang pakar dalam tafsir dan hadis. Kalau dengar dari orang biasa, bukan tolak terus. Bahkan kaji. Itulah kehendak masyaikh kita. Itu sebab kita diletakkan usul supaya dapat hakikat Ilmu beserta Zikir.

Untuk pengetahuan, saya dah tanya dah kepada beberapa orang Ustaz tentang dalam mencari sumber bagi perkara agama, dengan niat untuk muhasabah dan mencari kesalahan saya. Sebab saya pun tak tahu, salah ke perbualan saya tu? saya lapik baik-baik ayat, sebab saya pun tak suka kalau orang mudah-mudah untuk nak tolak kebaikan tanpa mencari. Macam yang berlaku hari ni, ada sesetengah orang yang bila dia dengar hadis yang dia tak pernah dengar, masa tu juga dia rasa hadis tu tak wujud. Walhal dia yang tak pernah dengar. Tak pernah dengar, tak bermakna tak ada. Macam kalau orang tak nampak saya minum air milo, tak bermakna saya tak minum air milo. Sungguh-sungguh lah dhaif kita ni sekiranya terlalu cepat untuk menidakkan kebaikan orang. 

Kesimpulan daripada post ini, antara Ustaz yang saya tanya ialah Maulana Rauf yang pernah mengajar di Sri Petaling selama 7 tahun semasa kuliahnya. Apa komentarnya ialah, memang kita perlu untuk tahu sumber. Cuma nasihat beliau pada saya ialah, mungkin "Saya suka ... " yang ayat saya tu orang lain faham lain. Saya bersetuju dengan beliau, dan memang pun ianya kerana kesalahan saya. Mungkin amal saya yang serba lemah dan kekuatan kerohanian yang makin malap ni membuatkan perkataan saya mudah diputar belitkan oleh syaitan laknatullaahi 'alaih sebelum ia sampai kepada beliau. Saya faham, orang tabligh selalu dinafikan oleh orang awam yang menggunakan "minta sumber" dalam masa yang sama bukannya nak beramal pun walaupun diberikan sumbernya. Tapi yakinlah, itu bukan maksud saya dalam perkara ini. Dan antara pertanyaan saya kepada orang yang Alim pula ialah kepada Ustaz Nik pelajar Pakistan. Boleh rujuk dalam screenshot di bawah.



Kuhulurkan tanganku dengan rendah diri, ampun maaf sekiranya tuan rasa terkasar. Ku sentiasa inginkan kebaikan, bukanlah dengan takabbur ilmu. Jadikanlah daku ini sebagai asbab untuk kedudukan kamu lagi tinggi di sisi Allah SWT. Jadikanlah daku sebagai asbab, kamu dinaikkan darjat kepada muttaqin dan ganjaran syurga seluas langit dan bumi [Surah Ali Imran:133-134]. Ampunkanlah daku kerana tak ku bercakap dengan gah, apatah lagi niat bertanding ilmu. Hanya sekadar asas kepada dalam menyampaikan perkara yang penting dalam prinsip ilmu.

ps : Akhil kiram, Jom layan nasi arab kat Hadramawt. saya belanje. serius :) sebelum ramadhan.

Sabda Nabi shallallahu 'alaihi wa sallam :“Barangsiapa yang berdusta ke atas (nama)ku dengan sengaja, maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di dalam neraka.” (Hadits Sahih Mutawatir riwayat Bukhari 1/36 dan Muslim 1/8)

Dari Abu hurairah, dia berkata : telah bersabda Nabishallallahu 'alaihi wa sallam; “Barangsiapa yang mebuat-buat/mengada-adakan perkataan atas (nama)ku yang (sama sekali) tidak pernah aku ucapkan, maka hendaklah dia mengambil tempat tinggalnya di neraka” (Hadits Sahih riwayat Imam Ahmad 1/321 dan Ibnu Majah no.34)

Sabdanya lagi, “Barangsiapa yang menceritakan dariku (di dalam riwayat yang lain : meriwayatkan dariku) satu hadits yang dia sangka (dalam lafaz yang yang lain: yang dia telah mengetahuinya) sesungguhnya hadits itu palsu/dusta, maka dia termasuk salah seorang dari pendusta (dalam lafaz lain : Dua pendusta).”(Hadits shahih riwayat Muslim 1/7, at-Thahawi Musykilul Atsar 1/175)


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ -صلى الله عليه وسلم- إِذَا رَأَى مَا يُحِبُّ قَالَ « الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِى بِنِعْمَتِهِ تَتِمُّ الصَّالِحَاتُ ». وَإِذَا رَأَى مَا يَكْرَهُ قَالَ « الْحَمْدُ لِلَّهِ عَلَى كُلِّ حَالٍ ».
Dari Aisyah, kebiasaan Rasulullah jika menyaksikan hal-hal yang beliau sukai adalah mengucapkan“Alhamdulillah alladzi bi ni’matihi tatimmus shalihat”. Sedangkan jika beliau menyaksikan hal-hal yang tidak menyenangkan beliau mengucapkan “Alhamdulillah ‘ala kulli hal“” [HR Ibnu Majah no 3803 dinilai hasan oleh al Albani]. (sumber UstadzAris)
Kitab Hadis Online pun ada untuk rujukan. (Tapi jangan berpuas hati dengan hadis dari sini, masih lagi kena cari dalam kitab yang dah diluluskan)

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran dan pembetulan hasil penulisan amatlah bagus untuk dibincangkan di sini