Tuesday 19 March 2013

Zikir Bermuzik

Assalamualaikum,

Mutaakhir, seolah-olah sudah menjadi kebiasaan umat Islam hari ini meletakkan kehebatan otak sendiri di hadapan berbanding daripada wahyu Allah yang mulia walhal otak mereka adalah kotor dan bergantung kepada kekotoran maksiat dalam memikirkan sesuatu.

Merasai ketenangan dalam zikir yang berlagu?
kita kena tanya, sebab apa ketenangan tu kita dapat?
daripada muzik itukah ataupun lagu background.

sedih sangat saya, manfaat zikir yang Allah berikan kepada para anbiya' dan sahabat r.anhum kita tak dapat manfaatnya, bahkan kita cari pula cara selain dari cara yang ditunjukkan oleh orang yang diutuskan untuk tunjukkan kaedah ibadah yang dapat sampaikan kita kepada cinta Allah. Bukannya zaman nabi tu koro sangat sampai tak ada alat muzik untuk nabi main bersama zikir nya, tapi disebabkan ia bukan cara yang ditunjuk oleh baginda.

berikut adalah pendapat seorang ustaz tentang perkara ini. Segala perbincangan, bolehlah dilontarkan dalam ruangan komentar.




Rufaiq Al Islam
Ada Persoalan menarik yang perlu Difikirkan.
Soalan ini Akhi Ahmad Lutfi yang bertanya di Inbox.
Soalan:
Salamun alaik..akh nak tanya sikit..ape hukum berzikir bersama dgn muzik yg menggunakan tali tak kisah la instrumen ke..sbb bukan 4 mazhab mengharamkan ke muzik yg gunakan tali?? Macam mana ulama' kontemporari sebahagian mengharuskan..mohon pencerahan?
Jawapan:
Asal zikir adalah satu tuntutan. Banyak di dalam Al-Quran mahupun hadis-hadis Nabi SAW yang menuntut kita berzikir memuji Allah SWT. Antaranya,

فَاذْكُرُواْ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ

“Berzikirlah (mengingati) Allah di waktu berdiri, duduk dan berbaring.” (surah An-Nisa, 4: 103)

TETAPI,kita juga perlu melihat bagaimana cara untuk berzikir. Ada orang cara dia berzikir dengan melompat. Mula-mula dia berdiri, kemudian dia duduk, kemudian dia mengiring. Dia berdalilkan firman Allah di dalam Al-Quran yang dinyatakan di atas tadi,

فَاذْكُرُواْ اللّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَى جُنُوبِكُمْ

“Berzikirlah (mengingati) Allah di waktu berdiri, duduk dan berbaring (mengiring).” (surah An-Nisa, 4: 103)

Cara berzikir seperti ini adalah tidak benar. Mereka memahami ayat Al-Quran itu bukan melalui petunjuk sunnah.

Berkata sahabat Nabi Ibn Abbas RA, Nabi SAW tidak mengangkat suara ketika berzikir melainkan untuk tujuan mengajar. Imam Asy-Syafi’i pula menjelaskan bahawa “aku membenci orang yang mengangkat suara ketika berzikir memuji Allah kecuali apa yang dia sampaikan itu (mengangkat suara) adalah bertujuan untuk mengajar.”

Kalau kita bertujuan untuk mengajar, mungkin dalam beberapa bulan kita berzikir dengan suara kuat dan selepas itu apabila orang sudah mengingati cara berzikir, kita berzikirlah dengan perlahan, beradab dan sopan.

Dalam masalah MUZIK,Al Qurthubi telah menuqil dari Abu Bakar al Thurthusyi rha, beliau pernah ditanya mengenai kaum yang berkumpul dalam suatu tempat yang disitu mereka membaca sebahagian ayat Qur’an kemudian mereka melantunkan syair lalu mereka menari dan memukul terbang. Apakah menghadiri perkumpulan mereka itu dihalalkan atau tidak? Beliau menjawab, “Mengikut mazhab sufi akan perbuatan itu adalah suatu kebodohan dan kesesatan.”

Jadi ana dalam masaalah zikir bermuzik ana berpegang dengan Imam 4 Mazhab bahawasanya HARAM.

P/S:Muzik dan Nyanyian adalah perkara yang berbeza.Jangan samakan ia.

Dan Alhamdulillah dapat juga kata-kata mulia dari Ust Esa Deraman



2 comments:

Buah fikiran dan pembetulan hasil penulisan amatlah bagus untuk dibincangkan di sini