Saturday 2 March 2013

Mukjizat kekal yang dienteng muslimin

"Benarlah perutusan rasulmu ya allah. Kekurangan dalam meyakini dan mengamalkan sunnah baginda hanyalah kerana kelemahan hambamu ini"

Dah seminggu tak jumpa uwais, putera tersayang. Walaupun minggu lepas dah jumpa, tapi jumpa hanya semalaman sahaja berikutan daripada kesibukan dunia yang melampau. Tambahan dengan demam panas yang allah beri membuatkan perasaan lemah diri sendiri semakin rasa terzahir. Hari ni, aku tekad nak balik ke bidor lepas kerja tak kira macam mana keadaan aku. Mata aku memang kuyu, lebam dan memang aku terlalu lemah. Sejuk sangat rasanya walhal semua orang lain macam biasa sahaja.

Memang aku berjalan tak endah langsung apa yang berlaku di kanan dan kiri. Duduk kat dalam tren ke kl sentral pun aku dongakkan kepala menghadap atap dan tutupkan aje mata untuk melayan sakit yang sekarang ku alami. Hati tetap yakin yang allah akan permudahkan segalanya. Sebab kepada allahlah ku serahkan urusanku. Lepas beli tiket, 9 malam insya Allah aku akan bertolak ke sungkai.

Sementara menunggu 9 mlm ni cerita sebenar yang aku nak sampaikan. Lama aku duduk menghadap langit. Aku betul2 sakit dan demam. Sambil berfikir agama dan sedikit sebanyak semak balik komentar2 dalam sebuah blog yang gemar dalam kafir mengkafirkan orang. Makan pun rasa nak muntah, cari panadol, panadol habis dan tak larat untuk turun beli. Sampai waktu, 7.10 pm aku pun buat keputusan untuk ke surau untuk buat peraiapan maghrib dan isya secara jama'. Sementara menunggu maghrib aku habiskan zikir2 petang. Selepas tamat solat jama', aku pun habiskan doa2 ma'thur. Dan di dalam doa ma'thur ni lah, telahku baca

اَللُّهُمَّ عَافِنِى فِى بَدَنِى
اَللُّهُمَّ عَافِنِى فِى سَمْعِى
اَللُّهُمَّ عَافِنِى فِى بَصَرِى

Dengan penuh yakin dan tepukkan beberapa kali pada dada sambil berniat semoga allah berikan aku kekuatan dalam safar ini. Tiba-tiba... aku pun tak tahu apa yang jadi dalam diri. Aku tiba-tiba ada satu kekuatan baru, yakni kekuatan seorang yang sihat. Tadi mata aku betul2 kuyu tapi sekarang mata aku buat2 layu lantas ku celik seperti biasa. tangan dan kakiku rasa kuat. Aku betul2 rasa sihat melainkan batuk masih lagi terasa. Tapi kekuatan untuk bersafar tu memang 100% ada. Dan dengan kekuatan ni lah aku gunakan untuk akhirnya sampai dalam keadaan sihat alhamdulillah.

Sejauh manakah yakin kita pada janji baginda saw dalam amal? Sebenarnya bukan dalam masalah kesihatan sahaja, sekiranya allah berkehendakkan, tanpa asbab pun apa masalah boleh selesai. Iman kita sampai tak pada menentang kesakitan dengan doa, bukan ubatan. Mungkin bertentangan dengan akal fikiran kita kan? Cubalah hilangkan pengharapan kepada makhluk dalam sesetengah perkara untuk meyakini janji allah. Tapi yakinlah, bila asbab dah tak ada kita akan berharap dan letakkan pergantungan sepenuhnya kepada allah walaupun asbab tak ada. Selepas siti hajar as mencari kalau2 ada kabilah melalui kawasan tempat beliau ditinggalkan ibrahim as beliau menghadapi kebuntuan. Sampailah dia bergantung sepenuhnya kepada allah, keluarlah pancutan air mata air dari hentakan kaki bayi yang bernama ismail as. Bantuan allah sampai padanya dalam keadaan hati betul2 hilang pengharapan kepada makhluk. Perkara yang sama kita kena latih walau dalam keadaan kaya sihat dan kuat untuk memastikan hubungan kita dengan allah tetap utuh.

Aku memang nak hebahkan perkara ni sebab aku terhutang budi dan selamanya terhutang budi dengan sati zat yang memenuhi keperluan hidupku. Adalah zat ini berkelayakan untu disanjung setinggi-tingginya dan diulang-ulang cerita tentang kebaikannya. Kerana dialah penciptaku, dialah tempat pengharapanku dan dialah tempat aku berlindung. Ku pohon untuk berjalan dengan kakinya, memegang dengan tangannya, melihat dengan matanya dan mendengar melalui pendengarannya. Demi cintamu padaku, pilihlah daku untuk menjadi makhluk keredhaanmu.

Wallaahua'aalam.

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran dan pembetulan hasil penulisan amatlah bagus untuk dibincangkan di sini