Tuesday 20 November 2012

Surat Kepada Ust Ridhwan Tee

Ini adalah surat saya kepada Ust Ridhwan Tee. Surat ini ditulis, adalah bagi memberi sokongan terhadap kerja agama yang dijalankan oleh Ust Ridhwan Tee di samping membakar semangat untuk teruskan kerja dakwah yang dilakukan. Ianya ditulis rentetan dari video ini yang menyedihkan hati saya. Kemerosotan akhlak dalam Pemimpin dan Ulama', kini menjadi pemangkin kepada kehancuran sebuah negara / kaum. Sila teruskan bacaan.



بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم



لسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُl


Ke hadapan Ustaz Ridhwan Tee,

Alhamdulillah, syukur kepada allah. setinggi-tinggi pujian kepada Allah yang telah beri kita nikmat iman dan islam. amma ba'du.

Ustaz, saya amat berterima kasih kepada ustaz atas segala usaha yang telah dilakukan oleh ustaz. Dan menjadi kebiasaan, seorang yang mengajak orang kepada Allah, dia akan dicaci, dicemuh dan dipulaukan. Saya bersimpati dengan ustaz, kerana baru-baru ini saya tertonton sebuah wacana yang sepatutnya membincangkan soal masa hadapan Islam, tetapi berubah kepada majlis caci mencaci. Yang lagi mengecewakan saya ialah apabila terdengar orang di atas pentas pun terus menghimpit dan menyemarakkan lagi majlis mencaci ilmuwan yang berada di atas pentas tanpa merasakan bahawa maruah Ust Fathul Bari dan Ust Ridhwan Tee bukan tanggungjawab dia. Dalam masa yang sama, saya memuji Dr Maza juga kerana mengambil langkah untuk menenangkan hadirin dan mengajak hadirin supaya menghormati orang di atas pentas. Begitu juga Ust Fathul Bari yang dapat menyampaikan mesej kepada hadirin dengan akhlak yang baik.

Ustaz, sedikit analisis yang saya dapati daripada video tersebut. Ianya adalah tentang menawan hati orang melayu dan boleh dikatakan ber"hikmah" dengan orang melayu terutamanya yang berada di kampung. Kadang-kadang bila kita berhadapan dengan saya bagi contoh, dakwah kepada budak sekolah. macam mana cara pendekatan yang terbaik? dengan bercerita tafsir alquran, hadis-hadis dan hukum Allah? kita dah tahu dah tak boleh. mereka akan terkial-kial dan rasa jauh. Tetapi, kita rendahkan lagi ke tahap yang boleh dia terima akal. Cerita tentang pokok, cukup dalam satu pokok sahaja pun,ada banyak kebesaran Allah. Warna hijau yang ada pada daun, warnanya pun tak statik. ada daun yang berwarna dengan hijau yang lebih pekat dan ada yang lebih pudar. Dalam satu daun sahaja pun, ada berapa banyak tone hijau dia. :). Jadi, saya cadangkan supaya ustaz dapat lihat macam mana Dr Maza dapat tackle hati penyokong sebuah parti yang mana dulu dia pun dibenci kerana orang tak biasa dengan Ulama' seperti dia. Tapi, berdasarkan daripada video tersebut, mesej yang hendak beliau sampaikan, telah pun sampai ke telinga mereka yang fanatik dan taksub. Begitu juga pendekatan yang dibawa oleh Ust Fathul Bari. Mereka itu bagaikan adik yang degil. Nak tak nak, kita hendak berikan manfaat, cara berfikir yang realistik dan menjadi matang. dia terus menentang kita, dalam masa yang sama kita terus fikir bagaimana mesej kita nak sampai kepada mereka. Selalunya perkara ini terjadi adalah kerana Allah nak tarbiah sifat kita. Lebih-lebih lagi hakikat kepada kesabaran.

Ustaz, saya bagaimanapun terus mengharap ustaz dapat terus kekal dalam hidayah Allah SWT, dan terus mencurahkan bakti kepada agama. Walaupun kita tahu, Allah tak perlukan kita pun untuk membuat keputusan menurukan hidayah kepada yang Dia kehendaki, tapi kita buat kerja agama (dakwah) disebabkan kemuliaan di sebalik kerja tersebut [rujuk surah as shaff - 14]. Bukan sahaja diperintahnya kita untuk melaksanakan kerja dakwah, bahkan banyak hadis yang menunjukkan kemuliaan dan fadhilat berada di jalan Allah. Sepagi atau sepetang berada di jalan Allah adalah lebih baik dari dunia dan seisinya. seketika berada di jalan allah adalah lebih baik dari beribadat di hadapan hajarul aswad di malam lailatul qadar. Orang yang beriman dan beramal soleh,berpesan-pesan dengan hak dan penuh kesabaran akan terlepas dari kerugian. Antara sifat orang soleh adalah dengan melakukan dakwah. Harta dan diri kita telah pun dibeli oleh Allah dengan harga syurga.

Ustaz, teruskan mengajak orang kepada agama Allah yang mulia. kerana kemuliaan seseorang hanya pada pandangan Allah. Walaupun pada mata makhluk, kita seorang yang hina, kita orang yang tidak berilmu ataupun ulama' bathil, itu hanya persepsi manusia. Kemuliaan terletak pada pandangan Allah. Dan sifat sabar amat kita perlukan dalam menghadapi perkara ini. Saya yakin, sifat tersebut ada di dalam hati Ustaz. Bahkan lebih jauh tingginya berbanding kesabaran yang saya miliki. Kerja agama yang dilakukan oleh ustaz tanpa mengharap gaji itulah yang akan menjadi benteng penghalang daripada ustaz meninggalkan kerja dakwah. ini kerana ikhlas itu adalah lebih kukuh daripada besi, batu dan bumi. Tiada istilah kecil hati kerana kerja agama yang dilakukan dengan ikhlas, tak akan ada penghalang melainkan ajal. Selagi nyawa masih ada, selagi tu lah kerja agama akan kita jalankan. Banyak contoh2 di dalam alquran, antaranya (yang terkenal) dalam surah yaasin kata habiibunnajar kepada kaumnya "ikutlah mereka yang tak meminta ganjaran" dan banyak lagi tempat di dalam AlQuran.


Sekian,
Apa yang baik, semuanya datang dari Allah. Begitu juga yang buruk, tapi atas kelemahan diri saya yang hina ini. Semoga, tulisan ini dapat meredakan kesedihan ustaz atas masalah umat hari ini dan menjadi kekuatan untuk teruskan kerja dakwah dengan lebih hebat lagi. Saya sedia untuk berkhidmat untuk ustaz, sekiranya ustaz perlukan bantuan saya dalam usaha dakwah ustaz.

wassalam.

Ahmad Fahmi bin Paridin;

No comments:

Post a Comment

Buah fikiran dan pembetulan hasil penulisan amatlah bagus untuk dibincangkan di sini