
Tapi semuanya tak bermaksud macam mana yang aku maksudkan kecuali perkataan “item” sendiri. Kalau nak guna “perkara”, perkara ni dah digunapakai dalam maksud yang lain. Perkara lebih kepada “Thing” (betulkan aku kalau aku salah). Butiran? Bukan ke butiran tu “Detail”?.Barangan lagi la tak sesuai. Barang? ni bukannya barang yang aku nak maksudkan. Jadi memang tak dapat perkataan khusus untuk “Item” kan?
Selepas daripada kelemahan bahasa kita sendiri, maka timbullah lambakan bahasa InggeringSia. Antaranya ialah dibawah
“Grup” “implementasi” “justifikasi” “diskusi” “Sopistikated” “modifikasi” “merepektasi” “jengkeltasi” “Gila ah-ding-dongtasi”
aiyooo…. apa punya bahasa la. mudah-mudah aje nak ubah bahasa inggeris ke bahasa malaysia. Bukannya menentang semua penggunaan bahasa inggeris yang dimelayukan, sesetengahnya memang penting. Contoh, bahasa Sains “simulation”. Ada tak dalam bahasa Malaysia yang melambangkan / menzahirkan “simulation”?. (aku dah pikir, memang takde. Tapi kalau ade, sharekan dalam ruangan komeng-mengkomeng"). aku pun boleh terima sebab memang orang melayu bukan memulakan situasi simulasi tu. Datang dalam istilah Sains, sebab perlakuan tu antara perkara asas Sains. Antara contoh lagi bahasa Sains yang diMalaysiasasikan ialah dari “Condensation” kepada “Kondensasi”. Kita memang perlukan pun kata akar tuh sebab kita tak ada perkataan khusus untuk proses Kondensasi.
Menggunakan perkataan bahasa inggeris dalam percakapan, siapa kisah? aku pun tak kisah. Tapi yang masalahnya, menjadikan perkataan tu rasmi. Sampaikan perkataan yang sememangnya ada dalam bahasa Malaysia pun dirasakan tak cukup untuk perkataan tu. Cuba tengok –
grup : kumpulanAku terpanggil untuk menulis post macam ni untuk menyatakan, aku bukan orang Melayu / Malaysia yang tak intelek (atau bahasa kesatnya BODOH) dan tak bermaruah. Aku bermaruah. Aku miliki bahasa yang satu masa jadi bahasa Lingua Franca. Orang datang berdagang di Tanah Melayu perlu bercakap bahasa Melayu sebagai bahasa pengantara dalam perdagangan. Tak kisah dari Eropah, dari tanah arab dan seluruh pelusuk dunia yang datang berdagang di Tanah Melayu akan bertutur dengan bahasa Melayu. Tak rasa bangga ke dengar bukan-orang-Malaysia cakap bahasa Melayu? dah tengok video ni?
implementasi : perlaksanaan
justifikasi : kewajaran
diskusi : perbincangan
modifikasi : pengubahsuaian
http://www.youtube.com/watch?v=q3_6lyYDMiE
[ tak dapat nak embedd sebab ada masalah internet connection]
Persoalannya, siapa kita nak tuding jari?
permainan tuding menuding ni memang orang kita suka. Sebab masing-masing boleh lepaskan diri masing2. Ha, dah pucat la tu hehe. Macam lagu “Bangau oh bangau”, semua salahkan satu sama lain. Yang mana yang terakhir sekali,
Ular oh ular
Kenapa nak makan katak?
Kenapa nak makan katak?
Macam mana aku tak makan,
Memang makanan aku
Memang makanan aku.
Memang makanan aku
Memang makanan aku.
dipetik dari laman web “Lirik Lagu Melayu” melalui pakcik google.
Jawapan ular tu lah paling betul. Buat apa dah nak salah-salahkan orang lain. Dah memang tu makanan dia, dia makan la. Jadi, kerja merasmikan perkataan-perkataan dalam kamus dewan ni siapa? Dewan Bahasa dan Pustaka lah. Itu bidang mereka. Kalau programmer, kerja dia kena buat programming. Kalau doktor, kerja dia memang kena ubatkan orang. Kalau kerja masukkan perkataan baru, takkan programmer macam aku? Jadi, aku sarankan kepada mereka yang bekerja di Dewan Bahasa, tolonglah ambil serius perkara seperti ni. Untuk keluarkan perkataan baru, kamu diberi kuasa sepenuhnya untuk berbuat demikian. Kalau hari ni, katalah Dewan Bahasa nak keluarkan perkataan “Meso” (cara sebutan ‘May’ ‘So’) yang bermakna “Item” dalam bahasa Inggeris, buatlah demikian. Masyarakat hari ni akan perlekehkan perbuatan kamu, tapi generasi 10 tahun akan datang akan merasakan lali dengan perkataan tersebut dan akan dinobatkan sebagai kata akar asal dari bahasa Melayu.Kenapa Dewan Bahasa dan Pustaka lemah? (bagi aku)
Kamus online pun tak buat. Noob. Tau nak ambil untung dari jualan naskhah kamus dewan la tuh. Ade juga jumpa beberapa kamus online, tapi semuanya tak rasmi dari pihak DBP. DBP miskin sangat ke nak beli software dari diorang yang buat aplikasi dalam talian seperti mykamus.my dan kamus.lamanmini.com. Gambar di bawah ialah tembakan skrin (hahaha direct translate) dari laman web DBP, tapi ni persuratan. Tapi aku memang tak jumpa kamus online derang. Kalau korang jumpa beritahulah aku.

Ha, ni daripada DBP sendiri.

Saya harap, pembaca dapat kongsikan link ini di dalam mana-mana laman sosial. Saya tak perlukan duit atau apa-apa ganjaran. Apa yang saya perlukan ialah tersebarnya pemikiran ini.
Sekian, Terima Kasih kerana ‘syer’kan artikel ini. (aku memang pernah jumpa perkataan ‘syer’ haha dumb me…)
ps : aku tak mintak untuk korang kata aku betul. Tapi aku nak perbincangan dalam bentuk ilmiah, supaya kita sama-sama dapat ambil iktibar daripada kelalaian kita. Santai-santai je.
gud..jiwa orang muda yang berfikir dan sayangkan bahasa =) sy xpenah terpikir pon sblm ni
ReplyDeleteDBP shud be more concern ttg ni right?tah mende tah..