Tuesday 6 September 2011

Post Morterm Ramadhan 1432

Kepentingan Terawih yang Tercabul

DISCLAIMER : saya mintak maaf banyak-banyak buat mereka yang digolongkan sebagai ustaz. Entry ini tak bermaksud untuk semua ust, tapi pengajaran untuk sesetengah sahaja. Ust is not untouchable. they are human, and every human other than prophet's will always make mistake.

"Menuntut Ilmu fardhu ain, sembahyang teraweh fardhu kifayah. Jadi, lebih baik majlis ilmu daripada Sembahyang teraweh" ~ quote dari fatwa ustaz tazkirah

Bulan Ramadhan telah pun meninggalkan kita. Bulan yang penuh dengan keberkatan. Bulan yang sepatutnya kita berebut-rebut untuk melakukan amal. Tapi dengan kelemahan iman aku, bulan yang mulia ni tak dapat aku penuhi dengan amalan-amalan Ramadhan. Lebih teruk dari tu, ada juga di kalangan mulut-mulut yang menyebarkan amalan yang berkepentingan yang lebih rendah daripada amalan yang berkepentingan yang lebih tinggi.


Ade orang nak bagi kereta Mercedes kat pak cik Mat. Pak cik mat pula, yang memang berpengetahuan luas tentang kereta .Dia pun beritahu Mak Tom, "Mercedes ni tak bagus, sebab dia punya stereng tak cantik banding dari kereta Wira". "Mak Tom, buat apa nak ambik Mercedes, tak cantik stereng dia. dah la lebih cantik dari Wira.Lepas tu terlalu kompleks part elektronik dia, banding dari Wira, simple aje. CC besar pulak tu,Wira simple aje kecik je CC dia, kurang sikit minyak habis.". Mak Tom yang tak tau pasal kereta pun ikut la pak Mat.

Pandai tak Pak Mat?

Dia suka lagi yang CC rendah daripada CC tinggi, kenapa dia pilih camni padahal dia tahu CC tinggi lagi sedap bawak. Dia pilih kereta yang CC lagi rendah sebabnya takut minyak mahal lagi. Tapi dia tak fikir di sebalik CC yang tinggi, adalah kepuasan perfomance kereta yang memang best. Macam tu jugak Mulut-mulut dia kata lebih baik buat 8 rakaat sembahyang terawih + dengan tazkirah daripada buat 20 rakaat terawih + 30 juzuk sempurna. Sebab apa? Majlis Ilmu tu fardhu ain, sembahyang terawih tu fardhu kifayah. (aduh , nape aku cam nak terEmo bila sebut pasal nih). Kenapa pulak macam tu? boleh tak bagi dalil @ rujukan sempurna untuk mendukung fatwa kamu? aku rasa belum pernah dibincangkan kot pasal ni dalam kitab-kitab lama sebab baru-baru ni aje yang ada buat amalan macam ni. Sedangkan amat berbeza sekali dengan amalan nabi, sahabat dan ulama' terdahulu. kalau betul pun alasan kamu tu, kenapa tak mau buat waktu selepas maghrib sebelum isya'? sering terganggu niat aku untuk dapatkan sembahyang terawih 20 rakaat sempurna dengan 30 juzuk al quran. Tak tahulah kalau-kalau ust yang tazkirah2 lepas 4 rakaat sembahyang terawih tu lepas balik rumah sambung terawih banyak2 sampai dapat habiskan 30 juz al quran dalam sembayang teraweh diorang. Kalaupun diorang buat macam ni, masih lagi aku nak salahkan diorang sebab tak bagi peluang kat orang lain yang nak berada di belakang imam yang nak sempurnakan 30 juz dalam teraweh nya sepanjang ramadhan. Ust, kami teringin mahu habiskan, tapi kami tak miliki keupayaan mengkhatamkan quran dalam teraweh kami melainkan kami menumpang di belakang imam teraweh 30juz. Berilah peluang kepada kami untuk beribadat. Kami tak menafikan kepentingan ilmu, cumanya masa sekarang (lepas isya') bukanlah kepentingan ilmu melebihi kepentingan untuk berterawih.


Pak Mat tak suka Merc sebab stereng dia tak cantik, dan pilih stereng kereta Wira. Apa? imam hafiz baca tak cukup tartil macam kamu baca? terlalu laju untuk kamu ikuti? ataupun kamu (ustaz tazkirah dan ma'mum) lebih bagus daripada mereka? Kalau stereng kete buruk, takkan la tak terima kereta yang bagus pak mat?sampai tak sah ke sembahyang yang imam tu bawak sampai kamu nak burukkan mereka? tak pun, kalau kamu lebih baik dari mereka, kenapa tak kamu sahaja yang naik jadi imam terawih bawak 30juz? saya sanggup nak berimamkan kamu, janji kamu bawak 30 juz.

"Daripada buat terawih takde toma'ninah, baca berterabur, orang penat, lebih baik buat 8 rakaat tapi proper dengan majlis ilmu" ~ Quote of the day
-------------------------------> tammat di sini

Sebenarnya aku cukup terkilan. 2 tahun dulu masa zaman bermulanya tazkirah Ramadhan, aku mengimami terawih di UiTM, secara kecil-kecilan di fakulti sains komputer dan matematik (FSKM). Memang bawa 8 rakaat aje, sebab bagi ruang pada pelajar yang nak belajar dan sekadar menghidupkan dan memberi peluang kepada sesiapa yang belajar di fakulti pada waktu malam dapat berteraweh sekali. Sesudah abis 8 rakaat, aku cari mana2 masjid yang lakukan 20 rakaat dan bercita-cita untuk berada di belakang imam yang menghabiskan 30juz dalam terawehnya ... malang dan hampa sekali, semua masjid yang aku pergi.. takde satu pun yang berbuat demikian. Keinginanku terbantut.Apa yang aku terima ialah

Umat ada banyak ilmu, tapi tak nak amal. Bukan aje tak nak amal, bahkan melarang orang dari melakukan amal.
Alasan? Sebab tak nak kehilangan jemaah masjid. Maaf Ust dan jemaah, itu yang kamu lihat. Kamu tak lihat dengan pandangan Allah. Makin makin lama, makin-makin lah umat dimanjakan, kurangkan amal, banyakkan ilmu,kurangkan amal, banyakkan ilmu,kurangkan amal, banyakkan ilmu sampailah hilang amal. Amalan Ramadhan kita tak sama macam yang dilakukan nabi sahabat dan ulama' terdahulu. Minta maaf, ada manfaatnya apa yang kamu buat,tapi kamu tak nampak di sebalik amal, ada kejayaan. Masjid sediakan servis yang paling rendah untuk umatnya beramal.

Kalau perasan lah, dulu sibuk masjid2 buat 20 rakaat dan import imam hafiz. beberapa tahun, bergaduh 20 rakaat dan 8 rakaat. Golongan yang mengatakan mereka bukan wahabi kata kena 20 rakaat, orang yang dianggap wahabi 8 rakaat. Pastu, sekarang semua yang dulu nya mempertahankan 20 rakaat pun terpaksa telan balik tuduhan2 8 rakaat sebagai wahabi sebab kelemahan iman yang tak mampu untuk sempurnakan 20 rakaat 30 juzuk.


Peristiwa Iktikaf


Satu malam, iktikaf di sebuah masjid. Selesai amal malam, tidur pada pukul 12 mlm.
"Fahmi! Fahmi! "
Aku terkejut. Asyraf kejutkan. Kepala pening-pening. Lampu dah cerah secerah alam. Tengok jam pukul 2.50. Huh... apesal da bukak lampu tak kasik orang tido? Oh, rupa rupanya ada tahajjud berjemaah! tau tak hari pe tu? hari isnin, dan pagi tu aku kena pergi buat keperluan (kerja) . Dalam timing aku, aku tido pukul 12.30 dan bangun pukul 4.30, jadi aku ada 4 jam untuk tido. Tapi, ni nampak macam satu paksaan pulak. Dahla bukak lampu terang benderang semua, mic pasang kuat2, imam baca ala taranum... korang boleh tido balik tak? boleh memang hebat, tapi aku da tak boleh tido. Aku betul-betul panas. Sampai ke subuh la aku tak dapat tido disebabkan amal orang lain yang tak ikut sunnah. Formula dia camni je, cuba ust tengah pnat, esok ada forum bermula pukul 8.30 pagi yang ust kena bagi ceramah.Ust tido pukul 12.30, yang mane hari ust tdo tu mmg penat btol, banyak ceramah dan tazkirah. eh, ust... tido kat masjid, bukan kat rumah. Lepas tu saya baca quran kuat2 , guna mic, bukak lampu secerah2nye sampai takde ruang untuk ust berehat. Ya, aku memang tentang sangat orang yang buat macam tu, sebab tu perbuatan orang jahil. Kalau orang buat macam tu bukan orang yang ada ilmu, aku terima ... masalahnya dilakukan oleh orang yang berilmu. Bukannya apa, golongan ustaz adalah role model. kamu kate "ya", kami pun kena kata "ya". Tapi kalau perkataan "ya" kamu menghalalkan yang haram, macam mana saya akan kata "ya"?

Tindakan pihak masjid yang sebegini seolah-olah memaksa orang yang ada di dalam masjid utk turut serta apa yang mereka lakukan. Ini bertentangan sekali dengan usul dakwah. Ajakan kepada perkara yang bukan wajib, tak harus kita paksa. Melainkan perkara yang wajib. Contohnya sembahyang fardhu dan tutup aurat.

Tak perasankah kamu? lepas 4 rakaat korang buat teraweh tu, mase tu ramai orang keluar dari masjid. Tak cukup pun 8 rakaat. Siapa punya tanggungjawab yang menyebabkan umat makin lari dari amal? siapa? orang kafir yang larikan mereka dari amal? tidak ... kamu .. orang islam... orang alim... orang masjid. Satu masa nanti, umat makin akan disusahkan untuk beramal, menyebabkan umat akan merasakan beban untuk amalkan agama, sedangkan yang beban itu adalah bukan sesuatu yang allah tekankan (fikir selain dari sembahyang terawih)

Nikmat Ramadhan di Masjid Jamek Sri Petaling

Hadis - hadis nabi untuk bulan Ramadhan dizahirkan di sini
 Itu lah kata-kata yang mampu aku luahkan bila aku berada di sini. Kenapa? sahabat-sahabat bila ramadhan datang, memang life diorang pun bertukar kepada mode ramadhan. Perbanyakkan iktikaf, banyak baca quran sampai ada yang khatam setiap hari, banyak menangis,banyakkan sembahyang, kurangkan bercakap, berhenti aktiviti suami isteri di malam hari.

Di sini, tak jemu2 aku tgk orang keluar masuk masjid, tak lengang. Memang sepanjang ramadhan, masjid macam 7eleven. Bukak 24 jam untuk kerja2 dakwah dan ibadat. Untuk implement jadual ramadhan memang sesuai di sini. Kerana rancangan anda, masa anda, anda yang tentukan mengikut keupayaan anda tanpa dipaksa. Pihak masjid di sana cuma menyediakan keperluan asas kepada ibadah seperti Hadis Taklim Taklum, kepentingan ibadat, bacaan kitab hayatussahabah, Solat Terawih 20 rakaat 30 juzuk dan tutup lampu seawal jam 10.30 PM sehingga 4.30 AM.

Seawal pukul 4 AM, aku bangun dan aku dapati di kalangan mereka bertahajjud di saf pertama sehingga saf ke 3 (bukan berjemaah). Masing2 menyendirikan masa ini, kerana ini adalah masa antara kita dengan Allah. Inilah masa nya kita bercakap2, mengadu2 kepada tuhan kita.

Aku letih! pnt gle ikut imam bawak 20 rakaat 30 juz. Tak larat. aku pun duduk,keluar dari saf kejap. Aku ternampak haji Mohd Noor dari S.Alam pun sama. dia tengah urut2 kaki dia, untuk sambung sembahyang teraweh. Umur dia dalam lingkungan 50an. Lepas beberapa minit duduk, dia bangun blk. Sekurang2nya, dengar bacaan imam. Nampak tak? nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Tak nak sebab, iman yang lemah. Memang penat, tapi ada kepuasan.

Pada malam ke 20 ke atas, aku dan kawan mengalami sedikit kesukaran untuk beriktikaf di sini. Apa masalah yang kami hadapi ialah lambakan ahli jemaah yang beriktikaf di sini untuk menghidupkan sunnah baginda SAW dan mengikut cara hidup umat Islam di bulan Ramadhan yang telah dilalui oleh para sahabat RA.

------------------------> tammat bahagian ni.

Kesimpulan : Aku berhadapan dengan mujahadah yang hebat. Mujahadah menentang suasana yang sudah rosak. Bukan dari orang kafir, tapi dari orang Islam sendiri. Mujahadah yang aku terpaksa cari masjid jauh untuk mencari mutiara ramadhan (terawih yang sempurna), mujahadah nak buat terawih tapi ada ustaz bg tazkirah sampai orang awam lari dari masjid lepas buat 8 rakaat solat terawih berjemaah, mujahadah iktikaf kat masjid yang tak bagi orang berehat dan paksa2 orang utk bertahajud dengan berjemaah, dan mujahadah menulis post yang berat kerana banyak mempersoalkan fatwa2 ust tazkirah.

Assalamualaikum waghfirli ya kullu akhi
(assalamualaikum dan ampunkan aku wahai sekalian saudaraku)

2 comments:

  1. bukan itu sahaja, siap wat tadarus campur laki perempuan, last nak khatam, di buatnya bersahut2 sahutan antara laki dan perempuan..
    mane ust yang belajar jauh2 ilmu banyak2 tu?..
    kenapa tak tegur cara yang jelas bertentangan dengan hukum syarak?
    laukana bainana..kalulah nabi Muhammad SAW tengok ape yang umatnya lakukan, lagilah bertambah sedih rasul.T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. asyraf, sekarang dah berlaku kat marhalah aku pulak ...

      Delete

Buah fikiran dan pembetulan hasil penulisan amatlah bagus untuk dibincangkan di sini